Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB KEBAJIKAN BAITULMAL
 
3 Sept - Kelab Kebajikan Baitulmal MAIWP telah mengadakan satu lagi acara tahunannya iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Aidilfitri 1431 Hijrah tahun 2010 Masihi.
 
Majlis tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Bangunan Daruzzakah. Seramai 120 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Baitulmal dan juga Bahagian Kewangan Cawangan Baitulmal serta ahli keluarga masing-masing telah menyertai majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengurus Baitulmal merangkap Penasihat Kelab Kebajikan Baitulmal MAIWP. Turut menghadiri majlis itu ialah Timbalan Pengurus Baitulmal merangkap Juruaudit Kelab Kebajikan Baitulmal MAIWP, Ustaz Mohd Nizam bin Hj. Yahya.
 
Pada majlis tersebut semua ahli Kelab Kebajikan Baitulmal MAIWP menerima sumbangan berbentuk duit raya, biskut raya dan bubur lambuk. Acara kemuncak ialah solat terawih yang telah di imamkan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Najib bin Ali, Penolong Pengurus Unit Pembangunan Ummah. Majlis berakhir jam 9.45 malam dengan jamuan moreh.
 
Majlis ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan dengan ahli keluarga masing-masing di samping menyambut kedatangan syawal yang akan menjelma tidak lama lagi.
 
Sebelum itu, iaitu sebelum menjelangnya Ramadan, Kelab Kebajikan Baitulmal juga telah mengadakan Majlis Iftar Ramadan 1431H. Pada majlis tersebut para pegawai Baitulmal yang telah menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Baitulmal sepanjang tahun ini masing-masing menerima hadiah dan sijil penghargaan.

Pengurus Baitulmal, yang merupakan Pengerusi baru Badan Kebajikan MAIWP juga penasihat kepada Kelab Kebajikan Baitulmal, mengharapkan agar program seumpama ini harus diteruskan pada masa akan datang. Ini membantu para pegawai akan lebih mengenali antara satu sama lain dan natijahnya nanti akan menghasilkan kerja berkumpulan yang lebih efektif terutama dalam membantu para asnaf.

        
 
 
 
 Suasana majlis berbuka puasa Kelab Kebajikan Baitulmal
 
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
 
Majlis Iftar Ramadan Kelab Kebajikan Baitulmal
 
 
 
  

 

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini99
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini219
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini