Berita MAIWP
MAJLIS TAKLIMAT GURU DERMASISWA BAITULMAL
MAJLIS TAKLIMAT GURU DERMASISWA BAITULMAL
| MAJLIS TAKLIMAT GURU DERMASISWA BAITULMAL |
|
2 Sept – Majlis Taklimat Guru Dermasiswa Baitulmal, MAIWP telah diadakan di Bilik Seminar, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.
Taklimat ini telah dianjurkan dari Unit Akademik Dermasiswa, Baitulmal yang diketuai oleh Penolong Pengurus unit iaitu Puan Wan Maizatun binti Wan Hassan. Sementara guru-guru yang terlibat di dalam taklimat ini ialah terdiri daripada guru-guru dermasiswa dari seluruh sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Taklimat ini diadakan untuk menjelaskan tentang agihan bantuan peralatan persekolahan Baitulmal, MAIWP untuk sesi persekolahan tahun 2011. Sehingga kini dilaporkan seramai 13,500 orang pelajar akan menerima bantuan tersebut melalui sekolah masing-masing. Bagi permohonan dermasiswa Baitulmal untuk sesi persekolahan tahun 2011 samada baru atau penyambungan bantuan jumlah penerima ialah seramai 15,000 orang pelajar. Pada hari tersebut turut memberi taklimat tentang pembukaan akaun baru ialah wakil daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dari ibu pejabatnya iaitu Encik Md Yusof Abd Rahim, Pegawai Perhubungan Cash Management BIMB. Selain itu, pada tahun ini sahaja pihak Baitulmal MAIWP, telah menyalurkan bantuan dermasiswa Baitulmal kepada seramai 14,876 pelajar yang berjumlah sebanyak RM9.1 juta. Majlis bantuan tersebut telah didakan pada 14 Julai lalu yang disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Sesi pendaftaran guru-guru dermasiswa sekolah yang dilantik oleh Baitulmal MAIWP bagi setiap sekolah Para guru khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pengurus, Unit Akademik Dermasiswa, Puan Wan Maizatun bin Wan Hassan dan di kanannya ialah wakil dari BIMB |
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 97 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 217 |







