Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
MAIWP PRIHATIN KEPERLUAN PPUM

3 Sept – MAIWP sebuah agensi agama yang sentiasa mahu melihat asnaf di Wilayah Persekutuan mendapat pembelaan sewajarnya.

Kos hidup yang semakin meningkat menuntut setiap pihak berganding bahu membantu mereka yang memerlukan bantuan. Tambahan bagi menjaga nyawa setiap individu muslim. Atas maksud tersebut, MAIWP melalui Bahagian Baitulmal telah menyalurkan bantuan berbentuk peralatan kesihatan, wang raya, dan hamper kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya yang jumlahnya ialah sebanyak RM168,470. Pemberian tersebut adalah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lagi ini.

Selain bantuan tersebut, MAIWP juga menyumbangkan sebanyak RM250,000 kepada tabung kebajikannya. Keadaan ini menyebabkan jumlah keseluruhan sumbangan MAIWP kepada PPUM pada tahun ini ialah sebanyak RM418,470.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan di Hospital Kuala Lumpur selaku tuan rumah pada tahun ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), merangkap Pengerusi MAIWP.

Namun, pada hari ini YBhg Tuan Haji Anan bin C.Mohd , Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP telah turun padang mengagihkan sendiri hamper dan duit raya kepada para pesakit di PPUM ini.

Beliau mengharapkan di samping memberi tidak lupa juga mengambil pengajaran ketika masa sihat, terutama kepada mereka datang secara langsung.
 
 
 
Mesra, YBhg Tuan Haji Anan bin C.Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP
beramah mesra dengan pesakit sambil diperhatikan oleh
Tuan Haji Sidek bin Miko,
KPP Kanan PTJ Kebajikan Perubatan PPUM

 
 
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini95
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini215
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini