Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
ASNAF DI LABUAN TERUS DI BELA

05 September (Ahad),  Bahagian Baitulmal, MAIWP Labuan bersama-sama 6 agensi dan individu telah tampil menghulurkan sumbangan sempena kehadiran Syawal 1431H pada satu majlis anjuran Pejabat Ahi Parlimen WP Labuan. Majlis tersebut diadakan di dewan Masjid Jamek Layang-Layangan dan telah disempurnakan sendiri oleh Y.B Kol (K) Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal, Ahli Parlimen W.P Labuan.

Seramai 200 orang penerima yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, warga emas dan anak-anak yatim yang fakir miskin telah menerima sumbangan pada majlis tersebut. Antara objektif utama penganjuran majlis adalah untuk meringankan beban golongan yang memerlukan disamping persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi.

Para penerima berkenaan telah menerima sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM100.00 seorang dari Pejabat Ahli Parlimen Labuan dan lain-lain barangan keperluan seperti pakaian, kain sarung, sajadah dan makanan daripada penyumbang dan penaja majlis. Baitulmal MAIWP pula menyumbang makanan keperluan asasi seperti beras, minyak masak dan gula.

Penyertaan MAIWP dalam Majlis yang dianjurkan ini secara tidak langsung menaikkan imej Baitulmal, MAIWP Labuan sebagai sebuah agensi yang berperihatin dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik disamping dapat mengeratkan hubungan antara pihak Baitulmal, MAIWP Labuan dengan pelbagai pihak agensi lain. Majlis tersebut  diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib serta solat terawikh bersama-sama.
 

 YB Datuk Hj Yussof bersama Us Ahmad Talmizi Yahaya, Pengurus MAIWP Labuan
yang turut sama menyampaikan sumbangan kepada penerima
 
 
 Antara penerima sumbangan yang hadir
 

Pegawai  MAIWP Labuan sibuk  mengagihkan  barangan keperluan kepada penerima
 
 
Berat sama di pikul dalam menguruskan  barangan keperluan sebelum diagihkan kepada penerima
 
 
 
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini95
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini215
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini