Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
BULAN RAMADAN TIDAK HALANG MAIWP ZIARAH ASNAF

27 Ogos – Walaupun berada di Bulan Ramadan MAIWP tetap meneruskan ziarah asnafnya yang dilakukan pada setiap bulan.

Ziarah asnaf pada bulan Ogos ini diserikan lagi dengan beberapa pengurus atasan yang turut serta dalam ziarah ini. Antaranya ialah Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP, Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Mohd Nizam bin Yahya, Timbalan Pengurus Bahagian Baitulmal dan Encik Abdul Malek bin Mokhtar, Ketua Unit Audit Dalam.
 
Program ziarah asnaf ini menjadi acara bulanan bagi Baitulmal MAIWP, yang diuruskan oleh Penolong Pengurus dari Unit Bantuan Kewangan Bulanan. Objektif utama ziarah dilakukan ialah untuk melihat sejauh mana kelangsungan hidup para asnaf yang dibantu oleh Baitulmal. Jika mereka dilihat boleh berdikari pihak Baitulmal akan membantu dari sudut yang lain pula.

Pada kali ini ziarah dilakukan ke rumah keluarga Yusof bin Mohad, 57, yang tinggal di Rumah Kondo Rakyat Desa Pantai. Beliau menanggung enam orang anak yang tiga daripadanya masih bersekolah di sekolah rendah dan tiga lagi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Keadaan beliau yang sakit selepas mengalami kemalangan jalan raya tiga tahun lalu, menyebabkan keluarganya hilang punca pendapatan. Namun, beliau amat berterima kasih kepada Baitulmal MAIWP kerana beliau sekeluarga mendapat bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500 sebulan.

Kemudian ziarah asnaf diteruskan ke rumah Ramlah Husin, 45, seorang ibu tunggal yang menyara tiga orang anak. Beliau juga merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU), iaitu cacat penglihatan. Dalam kesempitan hidup itu beliau juga berterima kasih kepada Baitulmal MAIWP khususnya dan pembayar zakat umumnya kerana telah meringankan beban yang ditanggungnya selama ini. Selain mendapat RM500 sebagai bantuan bulanannya, anaknya yang bersekolah juga mendapat bantuan Baitulmal sebanyak RM600 setahun.

 

   
 
YBhg Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP (tengah) menyampaikan
hamper kepada Puan Ramlah Husin 

 


 

 

 

 

                                                                                 

 


 

 

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini99
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini219
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini