Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
MAIWP SUMBANGKAN RM412 RIBU KEPADA PPUKM

30 Ogos – Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Anan bin C.Mohd telah menyerahkan sumbangan berupa hamper kepada para pesakit Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Pesakit-Pesakit Hospital 2010M / 1431H telah diadakan di Hospital Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.

Pada majlis tersebut Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima sumbangan dari MAIWP yang berupa sumbangan peralatan, wang raya, dan hamper yang jumlah perbelanjaannya sebanyak RM161,830. Selain itu, bagi menampung kebajikan pesakit di  PPUKM, MAIWP telah menyalurkan sebanyak RM250,000 kepada tabung kebajikannya. Berdasarkan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM412 ribu ini, menunjukkan MAIWP begitu prihatin kepada kebajikan pesakit di hospital-hospital khususnya di Wilayah Persekutuan ini.

Selama hampir setengah jam melawat ke wad-wad di PPUKM pada hari tersebut, Tuan Haji Anan sempat bertanya sambil memberi nasihat kepada para pesakit yang dilawatinya. Diharapkan dengan wujudnya sumbangan yang diberikan oleh MAIWP kepada setiap pesakit di PPUKM ini, akan dapat merawat sedikit kesakitan ditanggung mereka.
 
YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri
merangkap Pengerusi MAIWP, menyerahkan replika cek kepada wakil Pengarah PPUKM.
 
   
 
YBhg Tuan Haji Anan bin C.Mohd sedang menyampaikan kepada para pesakit di PPUKM

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini97
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini217
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini