Berita MAIWP
MAJLIS TAZKIRAH SEMPENA BULAN RAMADHAN 1431H DI BPP
MAJLIS TAZKIRAH SEMPENA BULAN RAMADHAN 1431H DI BPP
| MAJLIS TAZKIRAH SEMPENA BULAN RAMADHAN 1431H DI BPP |
|
3 September 2010 - Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan telah menganjurkan majlis tazkirah yang dijadualkan setiap hari Isnin dan Jumaat sepanjang bulan Ramadhan bermula jam 0830 pagi hingga 0900 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 7, Bangunan PERKIM. Di atas inisiatif Timbalan Pengurus serta Unit Pentadbiran BPP telah berjaya menganjurkan majlis ilmu yang ringkas tetapi penuh menafaat untuk dikongsi bersama. Ia bermula 13 Ogos 2010 hingga 6 September 2010 disampaikan secara bergilir-gilir oleh Pegawai lelaki gred 41, mengikut tajuk yang sesuai seperti kelebihan Ramadhan, keberkatan Ramadhan, amalan di bulan Ramadhan dan sebagainya. Sudah menjadi lumrah manusia biasa tidak terlepas dari sifat lupa, oleh itu hedaklah kita sentiasa ingat-memperingati antara satu sama lain.Begitu juga yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran, Surah Al-'Asr yang bermaksud * Demi masa * Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian * Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. |
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 97 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 217 |







