Jumaat, Februari 10, 2012
   
TEXT_SIZE
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAN PEMANTAPAN AKIDAH SAUDARA MUSLIM WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 1431H / 2010M

28 Ogos – Sabtu, MAIWP Cawangan Labuan dengan kerjasama JAKIM dan JAWI Labuan telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan Dan Pemantapan Akidah Saudara Muslim Wilayah Persekutuan Labuan 1431H / 2010M. Program selama satu hari ini memfokuskan dua agenda utama iaitu Sesi Ziarah dan Penyerahan Sumbangan Kepada Pesakit di Hospital Nukleus serta Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri dan Berbuka Puasa bersama Muallaf di Masjid Jamek An-Nur W.P. Labuan.


Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dimulakan dengan satu sesi ceramah kepada kakitangan hospital di Bilik Persidangan, Hospital Nukleus W.P. Labuan. Di ikuti dengan acara penyampaian sumbangan kepada semua pesakit di hospital berkenaan yang berjumlah 80 orang kesemuanya. Setiap pesakit menerima wang tunai sebanyak RM100.00 beserta hamper bernilai RM150.00 setiap seorang. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan diiringi oleh Tuan Haji Hashim bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, dan Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Jabatan Kesihatan W.P. Labuan.

Pada sebelah petangnya pula, Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri dan Berbuka Puasa bersama Saudara Muslim (Muallaf) telah diadakan. Majlis itu di mulai dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali bin Saad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Labuan, di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur. Majlis turut diserikan lagi dengan pertandingan mewarna dan pertandingan “Jangan Lupa Ayat” yang disertai oleh anak-anak asnaf muallaf yang diraikan.

Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal, Ahli Parlimen Labuan yang turut menyampaikan Bantuan Aidilfitri kepada 200 orang Muallaf yang hadir. Mereka masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM200.00 beserta hamper bernilai RM100.00 seorang. Turut hadir pada majlis tersebut Y.Bhg Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, Tuan Haji Hashim bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan dan Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai Dan Kakitangan dari agensi terbabit.

 

Y.B. Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal menyampaikan ucapan alu-aluan

Bergambar bersama penerima Bantuan Aidilfitri

 

Salah seorang peserta Jangan Lupa Ayat memperdengarkan bacaan

Para penerima Bantuan Aidilfitri menikmati hidangan berbuka puasa

Sesi Ziarah dan Penyerahan Sumbangan Kepada Pesakit di Hospital Nukleus W.P. Labuan

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini138
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini685
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini