Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
BKM ANJUR MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH
 
27 Ogos- Sempena Hari Nuzul Quran yang jatuh pada 17 Ramadhan 1431H bersamaan 27 Ogos 2010, Badan Kebajikan MAIWP (BKM) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Sempena Nuzul Al-Quran bertempat di ibu pejabat MAIWP iaitu di Dewan Seminar, Tingkat 1, Bangunan PERKIM.

Pada program tersebut, BKM telah menjemput Mentor 2 rancangan Imam Muda terbitan Astro Oasis iaitu Ustaz Shahrizan bin Haji Daud yang juga merupakan Imam Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa. Dalam ceramahnya, beliau menekankan tentang aspek kualiti dalam menjalankan ibadah selain menerangkan sejarah penurunan dan penulisan Al-Quran yang merupakan kitab agung umat Islam.

Program tersebut yang merupakan program pertama AJK BKM yang dilantik pada Ogos 2010 lalu telah menerima sambutan yang menggalakkan di mana hampir 200 orang warga MAIWP hadir ke majlis berkenaan. Sambutan yang menggalakkan ini memberikan suntikan semangat kepada AJK baru BKM untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi manfaat dan kebajikan warga MAIWP.
 
Mentor 2 rancangan Imam Muda terbitan Astro Oasis iaitu Ustaz Shahrizan bin Haji Daud yang juga merupakan Imam Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa telah dijemput mengetuai bacaan yasin dan menyampaikan tazkirah


Hampir 200 orang pegawai dan kakitangan MAIWP hadir ke majlis tersebut


         
Antara pegawai dan kakitangan MAIWP yang hadir ke majlis berkenaan
                           

Yang Dipertua BKM, Dr. Muhammad Yamin Ismaill yang juga Pengurus Bahagian Baitulmal menyampaikan cenderamata kepada penceramah


AJK BKM bersama penceramah dan Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ( duduk, tengah) yang turut hadir ke majlis tersebut
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini97
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini217
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini