CALON-CALON PEPERIKSAAN DARUL KIFAYAH TERIMA SUNTIKAN MOTIVASI
| CALON-CALON PEPERIKSAAN DARUL KIFAYAH TERIMA SUNTIKAN MOTIVASI |
|
28 Ogos – Darul Kifayah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat bagi calon UPSR, PMR dan SPM di Dewan Besar Darul Kifayah. Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohamad bin S. Ahmad, Pengerusi Rumah Perlindungan dan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan diadakan bertujuan memberi motivasi dan dorongan kepada penghuni Darul Kifayah yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini. Dengan kehadiran ibu bapa dan para penjaga, ianya sudah tentu akan dapat memberikan suntikan semangat kepada para pelajar berkenaan. Majlis itu juga secara tidak langsung merapatkan silaturrahim antara pihak pengurusan MAIWP dengan ibu bapa/penjaga selain memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan bagi kebajikan dan kecemerlangan penghuni Darul Kifayah. Majlis yang bermula jam 6.45 petang itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin yang dipimpin oleh imam jemputan khas dari Mesir iaitu Syeikh ‘Amruh Jum’ah ‘Abduh. Beliau turut mengimamkan solat jemaah pada malam itu termasuk solat hajat dan solat terawih.
Sambutan daripada ibu bapa yang diterima pada tahun ini lebih ramai dan menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Turut hadir dalam program berkenaan ahli-ahli jawatankuasa Rumah Perlindungan, Y. Bhg. Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Timbalannya, En. Ismail bin Porjo berserta pengurus-pengurus MAIWP yang lain. Ketibaan Y.Bhg. Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohamad bin S. Ahmad, Pengerusi Rumah Perlindungan dan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan menyampaikan ucapan Majlis Bacaan Yassin Para penghuni Darul Kifayah menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan Imam jemputan khas dari Mesir iaitu Syeikh ‘Amruh Jum’ah ‘Abduh mengimamkan solat hajat dan terawih pada malam program berkenaan Para penghuni Darul Kifayah mengambil kesempatan bersalaman dengan tetamu jemputan dan imam jemputan khas dari Mesir di akhir program
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 96 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 216 |







