Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
MAIWP AGIH RM1.5 JUTA

26 Ogos – Sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Pesakit-Pesakit Hospital Tahun 1431H / 2010M, MAIWP telah menyumbangkan sebanyak RM1.5 juta kepada lima buah hospital.

Majlis yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur itu telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut merupakan acara tahunan MAIWP yang diadakan pada setiap tahun. Namun pada tahun ini majlisnya berbeza sedikit dari tahun-tahun sebelumnya kerana pada tahun ini Hospital Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada hospital-hospital lain. Antara hospital yang mendapat sumbangan MAIWP ialah Hospital Putrajaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dan Hospital Nukleus di Labuan.

Berdasarkan senarai hospital tersebut masing-masing menerima sumbangan daripada MAIWP berupa peralatan kesihatan, wang raya, hamper dan juga sumbangan kepada tabung hospital.

Pada majlis tersebut Hospital Kuala Lumpur menerima sumbangan yang jumlah keseluruhannya ialah RM528,430. Hospital Putrajaya menerima sumbangan sebanyak RM137,640, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), sebanyak RM411,830, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebanyak RM418,470 dan Hospital Nukleus ialah sebanyak RM20,000.

Menurut YB Dato’ Seri Jamil Khir sumbangan ini adalah amanah untuk dipergunakan sebaik mungkin oleh pihak hospital agar mencapai objektif sumbangan diberikan. “Kita bantulah mana yang perlu dan meletakkan tanggungjawab menjaga pesakit itu adalah tingkat yang paling atas sekali. Apa yang penting lakukanlah kerja itu sebagai satu ibadah, di mana bekerja dengan hati yang ikhlas dan rasa penuh tanggungjawab,” katanya dalam ucapan perasmian pagi itu.

Sebelum majlis bersurai, YB Dato’ Seri sempat melawat ke wad-wad untuk menyampaikan hamper kepada para pesakit. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg Dato’Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha MAIWP, Y.Bhg. Tuan Haji Anan bin C.Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP dan Y.Bhg. Dato’Dr. Zaininah binti Mohd Zain, Pengarah Hospital Kuala Lumpur.
 
 
     
 Antara wakil hospital yang menerima sumbangan dari MAIWP
 
 
Y.Bhg Tuan Haji Anan bin C.Mohd Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP
menerima cenderahati dari Pengarah Hospital Kuala Lumpur
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini93
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini213
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini