Berita MAIWP
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK
| PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK |
|
20 Ogos – Kacau! Sibuk mengacau bubur lambuk sempena bulan Ramadan yang diadakan di Dataran Bangunan Daruzzakah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bersama Encik Sharol Azral Ibrahim Halmi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) meluangkan masa memasak bubur lambuk baru-baru ini. Hasil kerjasama Agensi agama seperti MAIWP dengan badan korporat seperti 1MDB melahirkan satu teladan yang perlu dicontohi oleh agensi-agensi agama yang lain. Di samping itu, ia menunjukkan komitmen badan korporat dalam melakukan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat sekeliling. Selain mendapat makanan berbuka percuma pada setiap hari daripada MAIWP, para asnaf juga berpeluang mendapat bubur lambuk daripada 1MDB yang diagihkan pada setiap hari jumaat, sabtu dan ahad. Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP (kemeja putih) bersama Encik Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sedang mengacau bubur lambuk sambil diperhati oleh Pengurus Baitulmal, MAIWP Dr. Muhammad Yamin bin Ismail Pertama kali bergabung tenaga, MAIWP bersama 1MDB memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada asnaf sepanjang Ramadan 1431H Para asnaf tidak melepaskan peluang untuk mengambil makanan percuma yang diberikan MAIWP dan 1MDB |
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 92 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 212 |







