Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
MAIWP TERIMA ZAKAT DARIPADA KOPERASI RM0.77 JUTA
 
23 Ogos – Sebanyak 11 badan koperasi telah menunaikan zakat perniagaan kepada MAIWP.
 
 
Zakat perniagaan berjumlah keseluruhan RM773,635.06 telah diserahkan kepada amil korporat MAIWP iaitu Pusat Pungutan Zakat MAIWP.
 
Ianya telah diserahkan dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi & Agihan Zakat Kepada Asnaf yang telah diadakan pada 23 Ogos 2010 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP telah hadir menyempurnakan majlis penyerahan zakat tersebut.
 
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada badan-badan koperasi yang telah menunaikan tanggungjawab berzakat. Menurut beliau lagi, wang zakat yang dibayar diagihkan secara profesional dan sistematik kepada golongan asnaf oleh MAIWP melalui skim-skim bantuan yang disediakan. Bantuan zakat yang diberikan antaranya dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk berdikari. Bantuan-bantuan keusahawanan seperti bantuan perniagaan, deposit membeli teksi, deposit membeli motorsikal roda tiga OKU membantu penerima untuk meningkatkan usaha menambah hasil mata pencarian.
 
Majlis pada hari berkenaan juga menyaksikan sebanyak RM490,000 wang zakat diagihkan oleh MAIWP kepada 3 penerima iaitu Asrama Darul Falah PERKIM, Islamic Outreach ABIM dan bantuan zakat kepada 134 orang pelajar Kolej Kejururawatan PUSRAWI MAIWP.
 
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Y.Bhg. Dato’ Mustafa bin Abdul Rahman, Pengerusi PPZ-MAIWP, Y.Bhg. Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP dan Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
 
 
Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP bergambar bersama pembayar-pembayar zakat daripada badan-badn koperasi
 
          
 

   

 

 


 Penyerahan zakat perniagaan daripada wakil-wakil koperasi kepada Y.B. Dato' Seri 
 
Penyampaian sumbangan zakat berjumlah keseluruhan RM490,000
 
Sumbangan zakat kepada ASDAF   
                                                    
Bantuan zakat kepada pelajar-pelajar Kolej Kejururawatan PUSRAWI, MAIWP    
 
Sumbangan zakat MAIWP bagi aktiviti Islamic Outreach ABIM
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini99
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini219
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini