Berita MAIWP
MAJLIS BERBUKA PUASA 2010 ANJURAN MAIWP FC
MAJLIS BERBUKA PUASA 2010 ANJURAN MAIWP FC
| MAJLIS BERBUKA PUASA 2010 ANJURAN MAIWP FC |
|
20 Ogos 2010 - Kelab bola sepak MAIWP (MAIWP FC) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bertempat di Podium 1, Bangunan PERKIM. Majlis berbuka puasa telah disenaraikan dalam takwim atau kalendar MAIWP FC sebagai acara wajib setiap tahun. Sebagai makluman tahun 2010 adalah tahun ketiga MAIWP FC menganjurkan acara seumpama ini sejak tahun 2008. Majlis pertama dibuat di atas bumbung bangunan 4 1/2 tingkat, Wisma Baitulmal dan tahun ke-2 di Bangunan PERKIM. Majlis berbuka puasa pada tahun ini amat berbeza sekali kerana MAIWP FC kehilangan orang penting dalam penubuhannya iaitu Encik Ibrahim Bin Haji Ismail.Encik Ibrahim memegang jawatan presiden dari tahun 2008 hingga 2010. Kesemua AJK MAIWP FC banyak belajar dan menimba pengalaman dari beliau bagaimana untuk menguruskan sesuatu kelab ataupun persatuan untuk lebih berjaya. Sebagaimana yang semua maklum, Encik Ibrahim bertukar ke Jabatan Hutan, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar berkuatkuasa pada 02 Ogos 2010.Majlis berbuka puasa ini juga merangkap majlis perpisahan Presiden MAIWP FC yang tidak dapat hadir kerana ada pertindihan jadual di mana beliau wajib hadir ke majlis berbuka puasa bersama jabatan di FRIM, Kepong. Jutaan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir dan urusetia yang terlibat bagi sama-sama menjayakan majlis ini. Dikesempatan ini juga ucapan Selamat Meyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1431H dan Hari Kemerdekaan yang ke-53 dari semua ahli MAIWP FC. Bubur lambok sebagai juadah berbuka TKPE turut meninjau persiapan BBQ dan urusetia membuat persediaan untuk ikan serta udang bakar Menu wajib setiap tahun 'Kambing Bakar' Ada sesuatu yang lucu sebelum majlis bermula & antara tetamu yang hadir Kata-kata aluan dari Timbalan Presiden MAIWP FC & YDP Badan Kebajikan MAIWP Penyampaian sijil kepada peserta-peserta Kembara Dakwah MAIWP FC & Yayasan TAQWA ke Taman Negara Jersi sebagai cenderamata kepada mantan Presiden MAIWP FC Para tetamu mengambil makanan sebelum azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa Tetamu VIP sedang menikmati juadah berbuka puasa |
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 95 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 215 |







