Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
MESYUARAT KALI PERTAMA AJK BARU BKM

20 Ogos-  Ahli Jawatankuasa baru Badan Kebajikan MAIWP (BKM) Sesi 2010-2012 yang dilantik pada 4 Ogos yang lalu telah bermesyuarat dalam mesyuarat kali pertama yang diadakan di Bilik Gerakan BKM, Aras 1, Bangunan PERKIM.

 
Dalam mesyuarat tersebut, beberapa perkara penting telah dibincangkan. Antaranya penentuan biro-biro di bawah BKM, kadar yuran, kemudahan dan faedah yang dinikmati oleh ahli-ahli BKM dan taqwim aktiviti BKM dari Ogos hingga Disember tahun ini.
 
Mesyuarat kali ini juga telah membincangkan beberapa perkara dasar yang melibatkan Perlembagaan BKM. AJK baru bersetuju agar beberapa perkara dalam Perlembagaan tersebut dipinda mengikut keperluan semasa dan dibentangkan untuk persetujuan ahli-ahli BKM sebelum dikemukakan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROA).
 
Biro-biro yang diwujudkan di bawah BKM bagi sesi baru ini adalah seperti berikut:
 
Biro Sukan dan Rekreasi:
Encik Mohd Abdul Malek b. Abd Jalil
 
Biro Ekonomi:
Puan Rafidah binti Abdul Rahman
 
Biro Agama:
Encik Ibrahim bin Misbah
 
Biro Kebajikan
Puan Noraini binti Ibrahim

Biro Perhubungan
Puan Rodiah binti Draman        
 
Biro Perhubungan merupakan biro baru yang diwujudkan bagi mempergiatkan lagi aktiviti promosi dan publisiti mengenai BKM. Untuk tujuan itu juga, satu laman web khusus BKM akan dibangunkan di bawah laman web MAIWP sebagai platform untuk menyebarluaskan maklumat-maklumat terkini BKM. Ianya secara tidak langsung diharap dapat memberi gambaran positif tentang peranan aktif yang dimainkan oleh BKM dalam menjaga kebajikan warga MAIWP.
 
Mesyuarat pada hari berkenaan turut dihadiri oleh wakil AJK BKM sesi lepas iaitu Puan Farizah binti Kamaruddin yang sebelum ini memegang jawatan Setiausaha Kehormat. Beliau mewakili Encik Mohd Fauzi bin Abidin, mantan Yang Dipertua (YDP) BKM sesi lepas telah menyerahkan tugas AJK BKM yang lalu kepada AJK BKM baru. Serahan tugas tersebut diterima oleh YDP baru, Dr. Muhammad Yamin bin Ismail.
 
Dr. Haji Muhammad Yamin bin Ismail, Yang Dipertua Badan Kebajikan MAIWP (tengah) mempengerusikan mesyuarat
 
Puan Farizah binti Kamaruddin, mantan Setiausaha Kehormat (dua dari kanan) turut hadir dalam mesyuarat kali pertama AJK BKM Sesi 2010-2012
 
 
 
 
Penyerahan fail daripada AJK BKM sesi lepas kepada AJK BKM sesi baru
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini97
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini217
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini