Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
IFTAR PERDANA ASNAF MAIWP

13 Ogos – MAIWP melalui Bahagian Baitulmal telah mengagihkan zakat kepada para asnaf sebanyak RM4.4 juta.

Majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan Penyampaian Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran serta Bantuan Ramadan / Syawal tahun 1431H / 2010M telah diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah baru-baru ini telah dihadiri lebih 1000 orang pengunjung.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana  Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pada majlis tersebut YB Dato’ Seri Jamil Khir mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada MAIWP kerana berjaya mengadakan majlis yang meriah di bulan yang mulia ini. “Saya amat berbangga kerana MAIWP bukan sekadar melaungkan slogan ‘Asnaf didahulukan, pencapaian agihan zakat diutamakan’, lihat sahaja pada hari ini, dewan penuh dewan asnaf. Walau pun diadakan pada bulan puasa namun ia tidak menghalang MAIWP meneruskan misi untuk menjaga kebajikan asnaf di Wilayah Persekutuan ini”. Katanya dalam ucapan perasmiannya.
 
Menurut YB Dato' Seri Jamil Khir lagi, kesungguhan MAIWP dalam menjaga asnaf di bawah pentadbirannya ini seharusnya menjadi menjadi ikutan kepada agensi-agensi Islam yang lain. Hal ini  juga menjadi pendorong kepada pembayar zakat untuk terus menunaikan tanggungjawab, kerana mereka yakin bahawa zakat mereka dilaburkan kepada para asnaf yang memerlukannya. Selain itu, ia juga sekaligus menutup tanggapan orang ramai bahawa zakat tidak diuruskan dengan betul.
 
Pada hari tersebut terdapat beberapa individu dan institusi yang menerima sumbangan daripada MAIWP. Antara penerimanya ialah dari kategori asnaf fakir, miskin, muallaf, penghuni Dar Assaadah, pelatih Institut Kemahiran Baitulmal, penuntut Institut Profesional Baitulmal dan penghuni Darul Kifayah. Jumlah keseluruhan bantuan  Ramadan / Syawal kepada seramai 12,081 pada tahun 2010 ini ialah sebanyak RM4.2 juta.
 
Selain bantuan tersebut, turut diadakan juga ialah bantuan galakan hafaz Al-Quran. Bantuan ini diberikan kepada para penghafaz yang berjaya menjalani tapisan melalui para panel yang telah dilantik oleh pihak Baitulmal MAIWP. Mereka akan diberikan bantuan berdasarkan juzuk-juzuk yang telah berjaya dihafaz. Jumlah keseluruhan bantuan galakan hafaz Al-Quran kepada seramai 114 orang ialah sebanyak RM200,500.00.  
 
YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) sedang berbisik sesuatu dengan
Y.Bhg Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi MAIWP
 
Sidang media selepas Majlis Iftar Perdana
 
Cenderahati diserahkan oleh Y.Bhg Tuan Haji Anan bin C.Mohd Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 
 
 
Wakil asnaf yang menerima bantuan daripada MAIWP
 
Dewan Serbaguna Masjid Wilayah penuh dengan asnaf dan tetamu  yang hadir

 
 
 
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini94
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini214
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini