PELAJAR – PELAJAR TADIKA ISLAM MAIWP LABUAN MENYERTAI PERARAKAN PRA MERDEKA ANAK – ANAK MALAYSIA
| PELAJAR – PELAJAR TADIKA ISLAM MAIWP LABUAN MENYERTAI PERARAKAN PRA MERDEKA ANAK – ANAK MALAYSIA |
|
7 Ogos 2010, Sabtu - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Labuan telah menghantar kontinjen Tadika- Tadika Islam untuk mengikuti Perarakan Pra Merdeka Anak – Anak Malaysia Sempena Kempen Kenali Jiran anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang berlangsung di Dataran Labuan. Program yang bermula pada jam 6.45 petang itu dirasmikan oleh Puan Hjh. Azizah binti Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia.Seramai 34 kontinjen yang mewakili semua tadika di W.P Labuan termasuklah Tadika Islam MAIWP menyertai perarakan ini. Kontinjen Tadika Islam MAIWP merupakan gabungan 4 buah tadika MAIWP di W.P Labuan yang dianggotai seramai 80 orang pelajar yang diketuai oleh adik Awg Afiq Hakimie bin Bahrun. Antara pengisian program tersebut termasuklah perarakan kontinjen oleh pelajar – pelajar tadika, lafaz ikrar, nyanyian lagu – lagu Patriotik, deklamasi puisi dan laungan 7 kali Merdeka.Sempena perarakan itu juga, terdapat 5 kategori telah di pertandingkan dan kontinjen Tadika Islam MAIWP telah berjaya memenangi kategori Perbarisan Kontinjen Peserta Paling Ramai dan menerima wang tunai sebanyak RM 250.00 beserta sijil penyertaan Pelajar – pelajar tadika sedang menyanyikan lagu- lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang Kemeriahan kontinjen Tadika Islam MAIWP Labuan
Pn. Hjh Azizah binti Ariffin, Timb. Ketua Pengarah Perarakan Pra Merdeka Operasi Jab. Perpaduan & Integrasi Nasional sedang beramah mesra bersama guru- guru sekaligus menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kontinjen
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 138 |
![]() | Semalam | 142 |
![]() | Minggu Ini | 685 |







