Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
MAIWP BELANJA RM171,680 AGIH MAKANAN BUKA PUASA

11 Ogos - MAIWP pada tahun ini memperuntukkan RM171,680.00 bagi agihan makanan berbuka puasa percuma bermula 1 hingga 29 Ramadhan 1431H.

Agihan Makanan Berbuka Puasa dan Bubur Lambuk kepada Golongan Fakir dan Miskin 2010M/1431H Anjuran MAIWP dan PPZ-MAIWP diadakan bertujuan membela dan memelihara kebajikan masyarakat Islam terutamanya golongan asnaf fakir dan miskin dalam bulan Ramadan ini, khususnya masyarakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada tahun ini, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) turut menyertai program ini dengan menyumbangkan bubur lambuk.
 
Majlis Pelancaran Agihan Makanan Berbuka Puasa dan Bubur Lambuk kepada Golongan Fakir dan Miskin 2010M / 1431H telah diadakan pada 11 Ogos 2010 di ibu pejabat Bahagian Baitulmal MAIWP di perkarangan Bangunan Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2. Ianya telah disempurnakan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.
 
Ketika berucap di majlis tersebut, beliau mengucapkan tahniah kepada MAIWP, PPZ- MAIWP, JAWI dan 1MDB atas penganjuran program ini yang membuktikan keprihatinan agensi-agensi Islam terhadap mereka yang kurang bernasib baik khususnya di bulan Ramadhan ini. Pada hari tersebut, sebanyak 500 bungkus makanan yang disediakan habis diagihkan kepada golongan fakir, miskin dan mereka yang tiada tempat tinggal.
 
MAIWP dan PPZ-MAIWP pada tahun ini menyediakan sebanyak 300 bungkus makanan berbuka puasa untuk diagihkan setiap petang sepanjang Ramadhan bermula 5.00 petang. Manakala 1MDB menyediakan 500 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.
 
Majlis agihan makanan berbuka puasa telah dianjurkan sejak tahun 2007. Selain agihan makanan berbuka puasa, MAIWP turut mengagihkan makanan percuma pada bulan-bulan lain yang diadakan sepanjang tahun di mana ianya diagihkan pada setiap hari Rabu jam 5.30 petang.
 
Mulai tahun ini juga, MAIWP telah memperuntukkan RM2.146 juta bagi program agihan makanan percuma melalui 31 buah masjid di Wilayah Persekutuan yang diadakan dengan kerjasama JAWI. Menurut Y.B. Dato’ Seri, program ini merupakan program serampang dua mata yang mana selain mengagihkan makanan, ianya dapat menarik lebih ramai umat Islam untuk datang ke masjid seterusnya mengimarahkan lagi rumah-rumah Allah.
 
 
YB. Menteri ketika sedang menyampaikan kata-kata aluan semasa majlis tersebut.
 
 
 
Ramai... antara golongan asnaf yang hadir
 
 
 
Deretan asnaf yang sabar duduk di celah-celah kesempitan orang ramai yang menunggu makanan
 
 
 
 
Golongan OKU sedang menerima agihan makanan daripada YB. Menteri
 
 
 
 
YB Menteri menyampaikan agihan makanan kepada asnaf yang hadir
 
 
 
 
 
 
 
Berpusu-pusu....kakitangan Baitulmal tidak menang tangan mengagihkan jamuan berbuka puasa

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini99
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini219
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini