MAIWP SERTAI KARNIVAL INOVASI ISLAM 2010
| MAIWP SERTAI KARNIVAL INOVASI ISLAM 2010 |
|
MAIWP telah menyertai Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan di Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3 yang diadakan selama 4 hari bermula 5 hingga 8 Ogos 2010. Turut sama memeriahkan karnival tersebut ialah Dar Assa’adah dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di samping dua lagi syarikat MAIWP iaitu Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan Kolej Kejururawatan PUSRAWI. Kesemua yang terlibat bukan sahaja berpeluang mempromosikan perkhidmatan masing-masing malah karnival tersebut memberi peluang kepada mereka menonjolkan hasil inovasi dan kreativiti yang telah dihasilkan. Antaranya ialah IKB, yang berjaya menarik perhatian ramai terhadap hasil ciptaan kreatif pelajarnya. Ianya selaras dengan tujuan karnival ini diadakan iaitu untuk menonjolkan idea-idea kreatif dan produk inovasi Islam kepada rakyat di negara ini. Karnival anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertemakan “Inovatif 1Malaysia 1Ummah” ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi MAIWP, penganjuran karnival seperti ini dapat memberi pengiktirafan kepada pelbagai pihak yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan inovasi Islam. Penganjuran karnival yang julung kali diadakan ini adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaras dengan pengisytiharan 2010 sebagai Tahun Inovasi Malaysia. Sebanyak 20 aktiviti utama melibatkan program keilmuan, demonstrasi produk inovatif dan persembahan kebudayaan Islam diadakan selain penyampaian Anugerah Inovasi Islam 2010. Lebih 180 tapak gerai disediakan sepanjang karnival tersebut di samping pelbagai program yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri (2 dari kiri) hadir merasmikan Karnival Inovasi Islam 2010 diiringi Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi MAIWP (3 dari kiri) Tapak pameran MAIWP yang disertai oleh Baitulmal, Institit Kemahiran Baitulmal, Dar Assaadah, PPZ-MAIWP dan Kolej Kejururawatan PUSRAWI
Antara hasil kreativiti pelatih IKB yang dipamerkan di Karnival Inovasi Islam
Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP melihat hasil kerja tangan yang dihasilkan oleh pelatih Dar Assaadah
Pengunjung gerai pameran MAIWP melihat lukisan yang dihasilkan oleh pelatih IKB
Petugas pameran MAIWP bergambar bersama maskot Upin dan Ipin
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 97 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 217 |







