TADIKA MAIWP GALAK BUDAYAKAN SENI ISLAM
| TADIKA MAIWP GALAK BUDAYAKAN SENI ISLAM |
|
3 Ogos 2010 -"Kesenian Islam merupakan medium untuk anak-anak mengenal dan mendekatkan diri dengan Kesenian dan Kebudayaan berunsurkan Islam serta Al-quran", memetik ucapan Pengurus Pembangunan Insan Puan Zaiton Binti Abd Rahman semasa beliau merasmikan Majlis Penutup Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam 2010 anjuran Cawangan Tadika Islam, Bahagian Pembangunan Insan. 'Bahkan ia merupakan sebahagian program ko-kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi melahirkan kanak-kanak muslim yang bukan sahaja dapat mengenal ABC tetapi mempunyai asas kuat dalam agama', tambah beliau lagi dalam ucapannya semasa majlis tersebut yang turut dihadiri Ketua Cawangan Tadika Islam, Puan Noraza Binti Aziz.
Enam acara telah dipertandingkan di dalam festival tersebut iaitu Mari bercerita, sajak, azan, kuiz (lelaki dan perempuan), hafazan (lelaki dan perempuan) dan nasyid. Segala-galanya berlangsung dengan begitu ceria apabila kanak-kanak yang ditemani guru dan ibu bapa dapat bertemu rakan masing-masing serta tanpa segan silu mengetengahkan bakat mereka. Sebanyak 73 buah Tadika Islam yang mengambil bahagian bagi setiap 6 acara yang dipertandingkan dan dibahagikan kepada lima zon. Peserta yang menjadi johan bagi setiap acara akan melayakkan diri bagi menjayakan Festival Keseniaan dan Kebudayaan Islam, Peringkat Akhir yang bakal diadakan 10 November 2010 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Gambar Sekitar Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam 2010
![]()
Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut. Tahniah kepada semua pemenang!:
KUIZ (L)
ZON SETAPAK TEMPAT : MASJID BUKIT AMAN
JOHAN KESELURUHAN : TADIKA ISLAM KEM GENTING KLANG KUIZ (L)
Gambar Sekitar Majlis Penyerahan Hadiah
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 136 |
![]() | Semalam | 142 |
![]() | Minggu Ini | 683 |








