Berita MAIWP
MAIWP SUMBANGKAN RM20,000 KEPADA TIJARAH RAMADHAN
MAIWP SUMBANGKAN RM20,000 KEPADA TIJARAH RAMADHAN
| MAIWP SUMBANGKAN RM20,000 KEPADA TIJARAH RAMADHAN |
|
Tabung rancangan Tijarah Ramadhan 1431H menerima sumbangan RM20,000 daripada MAIWP pada tahun ini. Rancangan tersebut yang diterbitkan oleh Johor Corporation (Jcorp) akan disiarkan di TV1 pada setiap hari mulai 1 Ramadhan in. Rancangan tersebut memaparkan mengenai umat Islam yang kurang bernasib baik dan tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh beberapa agensi dalam membantu mereka ini. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif dalam Majlis Pelancaran Tijarah Ramadan yang diadakan pada 5 Ogos 2010 di PWTC Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi MAIWP. Pada majlis tersebut juga, Y.B. Dato’ Seri turut melancarkan talian SMS untuk menderma melalui rancangan tersebut. Sebagai salah satu cara meningkatkan promosi agihan zakat di Wilayah Persekutuan, MAIWP telah menyertai 3 siri rancangan tersebut dengan memaparkan umat Islam yang telah dibantu oleh MAIWP melalui bantuan zakat dan institusi di bawahnya Program ini yang keseluruhannya berjumlah 30 episod akan disiarkan di RTM 1 mulai 1 Ramadan tahun ini.
Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (kiri) menyerahkan sumbangan MAIWP berjumlah RM20,000 kepada Johor Corporation yang diterima oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi MAIWP
Penyerahan sumbangan kepada Tabung Tijarah Ramadhan oleh beberapa agensi korporat lain
KFC Holdings (Malaysia) Bhd menaja waktu siaran Tijarah Ramadan di TV1
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 99 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 219 |







