Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
PENGENALAN PUSPANITA MAIWP

4 Ogos- Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Ogos 2010 telah memperkenalkan PUSPANITA cawangan kecil MAIWP kepada warga MAIWP.


Sesi tersebut diadakan bertujuan menghebahkan kepada warga MAIWP khususnya pengkhidmat wanita mengenai organisasi dan aktiviti PUSPANITA cawangan kecil MAIWP seterusnya menarik minat mereka untuk menjadi ahli PUSPANITA.

Pengerusi PUSPANITA cawangan kecil MAIWP, Y.Bhg. Puan Hajjah Anita binti Haji Mohd Yaacob ketika menyampaikan ucapan bersyukur sesi pengenalan PUSPANITA cawangan kecil MAIWP dapat diadakan dalam majlis itu. Beliau berharap agar pengkhidmat wanita MAIWP dan isteri kepada kakitangan lelaki MAIWP dapat seramai mungkin menyertai PUSPANITA yang mana dilihat akan dapat mengukuhkan semangat dan ukhuwwah antara satu sama lain.

Menurut beliau lagi, PUSPANITA cawangan kecil MAIWP sentiasa bersikap terbuka dalam menerima idea dan komen demi memantap dan menambahbaik badan tersebut. Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan termasuk kepada pengurus-pengurus bahagian atas kerjasama yang diberikan termasuk sumbangan peruntukan.

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang oleh PUSPANITA cawangan kecil MAIWP iaitu:

a)    Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran sempena Ramadhan 1431H
b)    Bengkel Jahitan dan Masakan yang akan diadakan dengan kerjasama Institut Kemahiran Baitulmal dan Dar Assaadah
c)    Lawatan ke rumah-rumah kebajikan seperti rumah orang-orang tua dan lain-lain institusi kebajikan

Pada majlis tersebut juga, PUSPANITA cawangan kecil MAIWP telah membuka pendaftaran kepada mereka yang berminat untuk menyertainya selain membuka gerai jualan makanan ringan, cenderamata, kek dan sebagainya. Informasi terkini mengenai PUSPANITA MAIWP boleh didapati dengan melayari www.maiwp.gov.my/puspanita.


Pengerusi PUSPANITA cawangan kecil MAIWP, Y.Bhg. Puan Hajjah Anita binti Haji Mohd Yaacob menyampaikan ucapan


Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menyampaikan sijil perlantikan kepada Puan Zaiton binti Abdul Rahman, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi 1


Barisan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA cawangan kecil MAIWP


Penyampaian cenderamata daripada PUSPANITA cawangan kecil MAIWP kepada KPE MAIWP berupa "cup cake"


KPE MAIWP (2 dari kiri) melihat gerai jualan yang dibuka oleh PUSPANITA cawangan kecil MAIWP sempena Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Ogos 2010



 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini94
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini214
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini