Berita MAIWP
KOMITMEN PEGAWAI MAIWP MENINGKAT
KOMITMEN PEGAWAI MAIWP MENINGKAT
| KOMITMEN PEGAWAI MAIWP MENINGKAT |
|
“Saya melihat perubahan yang positif di mana komitmen pegawai MAIWP dalam menghadiri program-program rasmi MAIWP semakin meningkat,”. Itulah yang diucapkan oleh Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Ogos 2010 yang diadakan pada 4 Ogos 2010 di Dewan Besar, Darul Kifayah. Menurut beliau lagi, setelah perkara tersebut disentuh dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jun 2010 yang lalu, beliau melihat perubahan yang begitu ketara dalam kehadiran warga MAIWP ke program yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian di MAIWP. “Ini membuktikan warga MAIWP masih lagi bersatu hati dan saling menyokong antara satu sama lain,” ujar beliau lagi. Beliau pada majlis tersebut juga mengingatkan semua warga MAIWP agar patuh kepada arahan kerajaan terutamanya yang melibatkan waktu bekerja. Menurut beliau, pemantauan di lokasi-lokasi tertentu akan dibuat bagi memastikan warga MAIWP yang tidak menjalankan tugas rasmi tidak berada di luar pejabat pada waktu kerja. Warga MAIWP juga diberi peringatan agar sentiasa menjalankan tugas dengan baik dan memberi sumbangan kepada MAIWP. “ Sekiranya pengkhidmat MAIWP tidak berfungsi dengan baik, maka MAIWP tidak akan teragak-agak untuk tidak mengekalkan mereka kerana mereka tidak lagi dapat memberi sumbangan kepada MAIWP,” kata beliau. Bersempena bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi, beliau berharap bulan tersebut menjadi medan untuk meningkatkan ibadah selain membuktikan semangat dan keikhlasan kita dalam pekerjaan.
Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eskekutif MAIWP dalam Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Ogos 2010 menyatakan beliau berpuas hati dengan komitmen warga MAIWP dalam menghadiri program-program rasmi yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian di MAIWP
Pegawai dan kakitangan MAIWP yang hadir di Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Ogos 2010
Ketibaan Tuan Haji Anan bin C. Mohd diiringi isteri
Tuan Haji Anan bin C. Mohd, KPE MAIWP bersama isteri Puan Hajjah Anita binti Haji Mohd Yaacob, Pengerusu PUSPANITA MAIWP (kanan) dan Puan Zaiton binti Abdul Rahman, Pengurus BPI sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan MAIWP Berbakti Berjasa
Encik Abdul Talib bin Amat (berdiri) menerima pujian daripada KPE MAIWP sebagai antara staf MAIWP yang paling lama berkhidmat dan setia kepada MAIWP |
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 95 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 215 |







