Jumaat, Februari 10, 2012
   
TEXT_SIZE
KURSUS MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN (KEM EXCELLENT PMR 2010) MAIWP CAWANGAN LABUAN
alt
 
Dua siri telah berlalu, MAIWP Cawangan Labuan telah mengadakan siri ketiga Kem Excellent bagi pelajar- pelajar penerima Bantuan Dermasiswa Persekolahan yang akan meghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2010. Program ini telah diadakan pada 24 hingga 26 Julai 2010 di Manikar Beach Resort, Wilayah Persekutuan Labuan.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin telah mengikuti kursus ini. Kursus ini melibatkan pelbagai slot di antaranya Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan PMR yang melibatkan empat subjek teras oleh penceramah jemputan dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan, “Ice Breaking”, Latihan Dalam Kumpulan, Riadah dan sebagainya. Kursus ini dikendalikan oleh empat orang pegawai dan kakitangan MAIWP Cawangan Labuan dengan diketuai oleh Cik Amelia Hazerena binti Matahir selaku Ketua Unit Keurusetiaan Dan Operasi bahagian Baitulmal, MAIWP Cawangan Labuan.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk membantu para pelajar dari golongan asnaf ini mempertingkatkan tahap pembelajaran agar dapat membantu keluarga pada masa hadapan. Perasmian penutupan telah disempurnakan pada hari terakhir kursus tersebut oleh Encik Mohd Rodzi bin Osman, Timbalan Pengurus MAIWP Cawangan Labuan. Dalam ucapannya, beliau berharap agar para pelajar dapat memanfaatkan segala apa yang diperolehi oleh para pelajar sepanjang berlangsungnya kursus dan beliau turut berharap agar para pelajar memperoleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR 2010.

 

alt
 
 Encik Mohd Rodzi bin Osman, Timbalan Pengurus MAIWP Cawangan Labuan
menyampaikan amanat kepada para peserta kursus.
 
 
 
alt
 
Salah satu aktiviti di dalam slot ‘ice breaking’
 
 
 
 
alt
 
 En. Mohd Rodzi bin Osman menyampaikan cenderahati kepada peserta terbaik kursus
 
 
 
 
alt 
Penceramah sedang menyampaikan teknik menjawab soalan bagi matapelajaran Matematik
 
 

 

 

 

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini138
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini685
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini