ASNAF DIRAI DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN RAMADHAN DAN PENYERAHAN TAULIAH AMIL 1431H/ 2010M MAIWP CAWANGAN LABUAN
| ASNAF DIRAI DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN RAMADHAN DAN PENYERAHAN TAULIAH AMIL 1431H/ 2010M MAIWP CAWANGAN LABUAN |
|
2 Ogos 2010M bersamaan 21 Syaaban 1431H Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan melalui Unit Keurusetiaan Dan Operasi Baitulmal telah mengadakan Malis Penyampaian Bantuan Ramadhan Dan Penyerahan Tauliah Amil 1431H/ 2010M di Grand Dorsett Labuan Hotel, Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan turut dihadiri oleh Ust. Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan, Ketua- Ketua Kampung, Ketua- Ketua Jabatan dan para kakitangan MAIWP. Didalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan adalah menjadi matlamat MAIWP untuk membantu golongan asnaf bagi mempertingkatkan sosio ekonomi mereka. Beliau juga berharap agar bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan beban asnaf bagi menyambut kedatangan Ramadhan Al- Mubarak. Pada majlis itu, seramai 140 orang penerima bantuan telah menerima wang tunai sebanyak RM200.00 seorang manakala bakinya seramai 906 orang penerima turut menerima jumlah yang sama melalui akaun bank masing- masing menjadikan jumlah keseluruhan penerima Skim Bantuan Ramadhan pada tahun ini seramai 1046 orang dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM209,200.00. Dalam majlis yang sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP turut menyampaikan tauliah amil kepada 36 orang Ketua Amil dan amil yang telah dilantik bagi melaksanakan kutipan zakat fitrah di Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 1431 Hijrah.
Y. Bhg. Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menyampaikan ucapan perasmian Di antara penerima bantuan yang hadir Y. Bhg. Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menyampaikan wang tunai kepada semua penerima bantuan dengan diiringi oleh Ust. Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan Y. Bhg. Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menyampaikan tauliah amil kepada salah seorang amil yang telah dilantik
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 138 |
![]() | Semalam | 142 |
![]() | Minggu Ini | 685 |







