Berita MAIWP
PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN PENUTUP SEBELUM RAMADHAN.
PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN PENUTUP SEBELUM RAMADHAN.
| PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN PENUTUP SEBELUM RAMADHAN. |
|
04 Ogos 2010 (Rabu) - Kelab bolasepak MAIWP telah mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan penutup sebelum bulan Ramadhan 1431H , yang berlangsung di Padang Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada perlawanan tersebut MAIWP FC telah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 4 - 2, antara senarai penjaring adalah Amirull Ariff Bin Abdullah, Mohd Jeffry Izham Bin Mohd Zain, Mohd Razmi Bin Mohd Rashid dan Narawi Bin Zaini. MAIWP FC berpuas hati dengan perlawanan tersebut kerana berakhir dengan kemenangan setelah kemarau kemenangan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. MAIWP FC juga akan terus berusaha dengan lebih kuat bagi mencipta lebih banyak kejayaan pada perlawanan-perlawanan akan datang yang dijadualkan bermula sebaik sahaja berakhir sambutan Aidilfitri tahun ini. Tujuan utama perlawanan ini adalah untuk menambah pengalaman pemain, mengeratkan silaturahim serta ukhwah antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan agensi kerajaan yang lain dan secara tidak langsung dapat mempromosi nama MAIWP supaya lebih dikenali khususnya dalam bidang sukan. Pemain-pemain MAIWP FC melakukan rengangan sebelum sepak mula. Antara aksi dalam tersebut yang sempat dirakam. |
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 136 |
![]() | Semalam | 142 |
![]() | Minggu Ini | 683 |







