Berita MAIWP
BAITULMAL MAIWP DIKUNJUNGI LAGI
BAITULMAL MAIWP DIKUNJUNGI LAGI
| BAITULMAL MAIWP DIKUNJUNGI LAGI |
|
30 Julai – Kesibukan pihak Baitulmal MAIWP dengan tugasan, terutama berkaitan dengan permohonan asnaf yang semakin meningkat tidak menghalang mereka daripada menyambut tetamu yang berkunjung.
Kali ini Baitulmal MAIWP dikunjungi oleh Ketua Sekolah Tinggi Ekonomi TAZKIA, (STEI TAZKIA) Bogor, Indonesia, Dr Muhammad Syafii Antonio di Bangunan Daruzzakah baru-baru ini. Rombongan seramai lima orang itu, mengadakan lawatan ke Baitulmal MAIWP khususnya adalah untuk melihat tempat yang sesuai untuk pelajarnya melanjutkan pelajaran suatu ketika nanti. Berdasarkan penerangan pihak STEI TAZKIA sekolah ini seumpama kolej universiti jika di Malaysia. Bahkan ia mirip kepada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), memandangkan majoriti daripada tenaga pegajarnya termasuk Dr. Muhammad Syafii merupakan bekas pelajar UIA. Manakala penerangan berkaitan Bahagian Baitulmal disampaikan oleh Penolong Pengurus, Unit Pembangunan Asnaf, Mohd Saiful Hafiz Vijiya Abdullah bagi mewakili Pengurus Bahagian Baitulmal. Penolong Pengurus, Unit Pembangunan Asnaf, Mohd Saiful Hafiz Vijiya Abdullah bagi mewakili Pengurus Bahagian Baitulmal (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Dr.Muhammad Syafii Antonio, Ketua STEI TAZKIA. Sesi taklimat Menandatagani buku lawatan Baitulmal MAIWP Sesi bergambar
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 95 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 215 |







