Selasa, September 07, 2010
   
TEXT_SIZE
MAJLIS PERPISAHAN PENGURUS BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELABURAN.
 
28 Julai 2010 - Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan telah menganjurkan majlis perpisahan Pengurus Bahagian iaitu Encik Ibrahim Bin Haji Ismail, bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 7, Bangunan PERKIM.
 
Tujuan majlis perpisahan dibuat adalah khusus untuk meraikan serta mengenang jasa Encik Ibrahim Bin Haji Ismail (Pengurus) yang akan bertuakar ke Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar berkuat kuasa pada 02 Ogos 2010.Encik Ibrahim mula berkhidmat di MAIWP sepenuhnya pada tahun 2007, sebelum itu beliau memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah di bahagian yang sama ketika MAIWP bersama dengan JAWI bermula pada tahun 2003.Selain dari pengalaman di MAIWP dan JAWI Encik Ibrahim pernah berkhidmat di tempat-tempat lain seperti Unit Penyeledikan Sosio Ekonomi (JPM), Kementerian Pertahanan, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah dan Pejabat Pembangunan Negeri Perlis.

Dengan pengalaman yang luas dan gaya kepimpinan Encik Ibrahim, beliau sangat disenangi oleh staf di sekelilingnya, justeru itu dengan pertukaran ini banyak meninggalkan 1001 kenangan manis buat seluruh warga BPP khususnya dan warga MAIWP amnya. Antara projek-projek atau pengalaman kerja yang terbesar di bawah pentadbiran beliau adalah seperti Hospital Pusrawi, Hotel Putra KL, Menara Wakaf, SMA MAIWP dan sebagainya.


Setiap pertemuan akan ada perpisahan, kegembiraan akan ada kesedihan dan kehidupan akan ada kematian itu semua sudah pasti. Seluruh warga BPP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ibrahim di atas segala sumbangan tenaga dan idea yang diberikan, semoga beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, berbahagia disamping keluarga serta dimurahkan rezeki insya'Allah.
 
   
Kata-kata dan ucapan penghargaan dari wakil staf BPP kepada Encik Ibrahim Bin Haji Ismail.
 
Ucapan terima kasih dan amanat terakhir Encik Ibrahim Bin Haji Ismail selaku Pengurus BPP.
 
   
Seluruh warga BPP mengaminkan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Encik Jamil Bin Hasan.
 
Sumbangan cenderamata dari Badan Kebajikan BPP.
 
Sumbangan cenderamata dari Unit Pentadbiran BPP. 
 

Sumbangan cenderamata dari Unit Teknikal BPP.
 
Nyanyian lagu "Allah Selamatkan Kamu" dan acara potong kek.
 
Sesi bergambar beramai-ramai untuk kenang-kenangan seluruh warga BPP.

 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini134
mod_vvisit_counterSemalam140
mod_vvisit_counterMinggu Ini274

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini