Berita MAIWP
ZIARAH ASNAF BAITULMAL MAIWP JULAI
ZIARAH ASNAF BAITULMAL MAIWP JULAI
| ZIARAH ASNAF BAITULMAL MAIWP JULAI |
|
27 Julai- Ziarah Asnaf Baitulmal MAIWP diteruskan lagi dalam bulan Julai ini. Penolong Pengurus Unit Pembangunan Asnaf, Bahagian Baitulmal MAIWP, Fatimah Noor Adam bersama-sama Mohamad bin Awang, Pembantu Hal Ehwal Islam telah mengadakan ziarah ke empat buah rumah penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP di sekitar kawasan Cheras. Antara rumah asnaf yang diziarahi ialah keluarga Kadir Zaini, seorang pengawal keselamatan yamg menanggung 8 orang anak serta isterinya. Manakala ziarah seterusnya ke sebuah rumah seorang yang cacat penglihatan, iaitu rumah Ramli Abu Bakar, Pengerusi Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan Kuala Lumpur dan Selangor. Walau pun cacat penglihatan, namun aktif dalam kemasyarakatan di kawasan sekitarnya. Selain itu, turut menjadi kunjungan para pegawai baitulmal MAIWP ialah rumah keluarga Norma Hashim, ibu tunggal yang kematian suami akibat serangan jantung. Manakala tempat persinggahan terakhir pada hari tersebut ialah di rumah Osaidah Jeni, ibu tunggal yang cacat penglihatan dan menanggung 5 orang anak yang masih bersekolah. Dalam kembara ziarah tersebut, walau pun para pegawai Baitulmal MAIWP terpaksa memikul barang-barang keperluan yang berat untuk diagihkan kepada asnaf, namun atas dasar ingin melihat asnaf gembira dan berasa diperhatikan perjalanan tetap diteruskan. Setiap rumah yang diziarahi menerima hamper yang mengandungi barangan keperluan harian. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak Baitulmal MAIWP dapat membantu asnaf Fakir dan Miskin tersebut dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi di Bandaraya Kuala Lumpur ini. Ramli Abu Bakar, Pengerusi Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan Kuala Lumpur dan Selangor
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 87 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 207 |







