Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
PUSPANITA MAIWP MULA MENGORAK LANGKAH


20 Julai 2010- Sejak penubuhannya pada tahun 2009, buat pertama kalinya Puspanita Cawangan Kecil MAIWP mengadakan aktiviti sulungnya iaitu dengan mengadakan lawatan mesra ke Kompleks Dar Asaadah (KDS) yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Lawatan ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan dimana hampir 34 orang ahli Puspanita MAIWP telah turut serta dalam lawatan yang diketuai oleh Pengerusi Puspanita MAIWP , Puan Hajah Anita binti Mohd Yaacob.

Pada sesi lawatan ini, peserta lawatan telah diberi taklimat menyeluruh mengenai sejarah penubuhan, fungsi, peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Kompleks Dar Asaadah. Para peserta lawatan juga telah dibawa melawat ke sekitar kompleks serta melihat sendiri prasarana yang diwujudkan untuk pelatih di kompleks ini.

Puspanita MAIWP juga berbesar hati menyumbang sedikit hamper berupa barangan bayi kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan di kompleks ini. Puspanita MAIWP begitu menyokong penuh peranan yang dilaksanakan oleh Kompleks ini khasnya dan MAIWP amnya dalam membantu golongan sebegini. Puspanita MAIWP juga amat berbesar hati dan kagum dengan usaha murni dan rasa tanggungjawab serta sifat amanah yang ditonjolkan oleh Pengetua Dar Asaadah , Puan Aspalela binti Hassan dan pentadbiran KDS khasnya dan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, amnya.
 
Khusyuk, ketika sesi taklimat oleh Pengetua KDS
 
 
Pengerusi Puspanita MAIWP menyampaikan sepatah dua kata sempena lawatan ke KDS
 
 
Pengetua KDS mengiringi Pengerusi Puspanita MAIWP melawat sekitar kompleks
 
 
Antara hasil tangan pelatih KDS
 
 
 



 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini87
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini207
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini