Berita MAIWP
TAKLIMAT KETUA AMIL
TAKLIMAT KETUA AMIL
| TAKLIMAT KETUA AMIL |
|
20 Julai - Seramai 63 orang ketua amil telah dilantik oleh MAIWP di Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya dan Labuan bagi tahun 2010. Manakala keseluruhan bilangan amil sehingga bulan Julai ini dicatatkan seramai 720 orang. Ianya dinyatakan oleh Tuan Haji Anan C.Mohd , Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dalam Majlis Taklimat Ketua-Ketua Amil yang diadakan di Bilik Seminar, Bangunan PERKIM pada 20 Julai 2010.
Dalam majlis tersebut, beliau berpesan kepada semua amil agar dapat menggunakan cara selari dengan hukum syara' bagi menggalakkan umat Islam menunaikan kewajipan zakat fitrah. Beliau juga berharap agar zakat fitrah yang dikutip sepanjang Ramadhan nanti diurus dan disimpan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh MAIWP bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Bahagian Baitulmal, Dr Muhammad Yamin Ismail dan Timbalan Pengurus Baitulmal, Mohd Nizam Yahya. Majlis taklimat kepada amil-amil yang lain akan diadakan secara berperingkat mengikut zon masing-masing. Antara ketua-ketua amil yang hadir dalam Majlis Taklimat Ketua Amil Baitulmal MAIWP Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menyampaikan ucapan Sesi pendaftaran
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 87 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 207 |







