Ahad, September 05, 2010
   
TEXT_SIZE
RM53 JUTA WANG ZAKAT UNTUK 5 BANTUAN

19 Julai – MAIWP melalui Bahagian Baitulmal memperuntukkan sebanyak RM53 juta wang zakat untuk diagihkan melalui 5 skim bantuan bagi tahun 2010.

Peruntukan tersebut merangkumi bantuan-bantuan berikut:

•    RM34 juta kepada seramai 9,000 orang penerima Bantuan Kewangan Bulanan
•    RM12 juta kepada 1,000 orang pelajar Institut Profesional Baitulmal MAIWP
•    RM4.3 juta kepada 1,220 penerima Bantuan Am Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi
•    RM1.8 juta kepada seramai 429 orang penerima Bantuan Perniagaan
•    RM0.99 juta kepada seramai 198 penerima Bantuan Deposit Pembelian Teksi
 
Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP dalam Majlis Pembayaran dan Agihan Zakat 2010 anjuran Pusat Pungutan Zakat MAIWP yang diadakan pada 19 Julai di Hotel Putra, Jalan Tun Razak.
 
Pada majlis tersebut juga, YB. Dato’ Seri Jamil Khir telah menerima pembayaran zakat perniagaan daripada 7 agensi  swasta berjumlah keseluruhan RM1.75 juta.
 
Pada majlis tersebut,  YB. Dato’ Seri Jamil Khir menyatakan MAIWP telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu pelbagai kelompok masyarakat Islam. Antaranya pemberian makanan kepada golongan yang ketinggalan atau sebelum ini diistilahkan sebagai golongan terpinggir yang mana disalurkan melalui masjid-masjid dan surau-surau di Wilayah Persekutuan. Menurutnya lagi, MAIWP sedaya upaya berusaha mengubah masyarakat terpinggir kepada masyarakat yang proaktif.
 
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Anan C.Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Y. Bhg. Dato’ Mustafa bin Abdul Rahman, Pengerusi PPZ MAIWP, Tuan Haji Mohd Rais bin Haji Alias, Pengurus Besar PPZ MAIWP dan Dr Muhamad Yamin Ismail Pengurus Bahagian Baitulmal.

 

YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP menyerahkan replika cek berjumlah RM34 juta kepada Puan Mazanah Abdullah yang mewakili penerima Bantuan Kewangan Bulanan sambil diperhatikan Y.Bhg. Dato' Mustafa bin Abdul Rahman, Pengerusi PPZ-MAIWP (kiri)

 

Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (4 dari kiri) turut hadir dalam majlis berkenaan


Penyampaian replika cek bagi Bantuan Pelajaran IPB

 

Penyampaian replika cek bagi Bantuan Deposit Pembelian Teksi

 

Penyampaian replika cek bagi Bantuan Am Pelajaran IPT

 

Penyampaian replika cek bagi Bantuan Perniagaan
 
YB. Dato' Seri Jamil Khir menerima pembayaran zakat perniagaan 
 
 

 

 

 

 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini15
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini157

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini