Berita MAIWP
ZAKAT FITRAH WILAYAH PERSEKUTUAN RM7
ZAKAT FITRAH WILAYAH PERSEKUTUAN RM7
| ZAKAT FITRAH WILAYAH PERSEKUTUAN RM7 |
|
Kadar zakat fitrah yang perlu dibayar oleh umat Islam di Wilayah Persekutuan pada bulan Ramadhan 1431H/ 2010M adalah sebanyak RM7.00. Perkara tersebut telah diumumkan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadhan 1431H/ 2010M di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Gombak. Menurut beliau, kadar tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh S.S. Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan. Aktiviti kutipan zakat fitrah dilaksanakan oleh MAIWP melalui seramai 720 amil-amil yang dilantik. YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di
Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP mengumumkan kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2010M/ 1431H dalam Majlis
Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadhan 1431H/ 2010M di Masjid Salahuddin
Al-Ayyubi, Taman Melati, Gombak pada 22 Julai 2010 ![]() Zakat fitrah dikutip oleh MAIWP melalui amil-amil yang dilantik |
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 87 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 207 |








