231 WARGA TETAP MAIWP TERIMA SURAT PENGESAHAN JAWATAN
| 231 WARGA TETAP MAIWP TERIMA SURAT PENGESAHAN JAWATAN |
|
15 Julai- Seramai 231 orang pegawai dan kakitangan tetap MAIWP telah menerima surat pengesahan perjawatan. Mereka merupakan kumpulan pertama di MAIWP yang telah disahkan jawatan setelah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan perjawatan tetap sebanyak 336 jawatan kepada MAIWP pada September 2007. Penyerahan surat tersebut telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dalam majlis yang diadakan di ibu pejabat MAIWP di Dewan Seminar, Tingkat 1, Bangunan PERKIM. Dalam majlis tersebut, beliau mengucapkan tahniah kepada warga MAIWP yang menerima surat pengesahan jawatan yang mana diperolehi setelah lulus dalam peperiksaan yang ditetapkan dan berjaya memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan bagi mendapat pengesahan perjawatan. ”Dalam kerajaan, apabila seseorang pengkhidmat awam disahkan dalam jawatan, maka dia layak untuk dipertimbangkan bagi proses kenaikan pangkat dan menerima beberapa kemudahan seperti kemudahan menyambung pengajian dan pinjaman perumahan kerajaan,” kata beliau lagi. Daripada 231 orang yang menerima surat pengesahan jawatan, seramai 181 orang yang telah berkhidmat melebihi 3 tahun layak memasuki skim pencen. Menurut Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Encik Mohd Fauzi bin Abidin, majlis sebegini tidak diadakan di agensi-agensi lain kerana ianya merupakan prosedur biasa dalam perkhidmatan. Namun memandangkan ianya adalah yang kali pertama di MAIWP, maka BKP telah mengambil inisiatif mengadakan majlis berkenaan sebagai kenangan antara detik bersejarah dalam kalendar MAIWP.
Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (kanan) menyerahkan surat pengesahan kepada Encik Wan Mohd Sanusi b. Mohd Noo, Pegawai Undang-Undang MAIWP sambil diperhatikan Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan Antara pegawai dan kakitangan wanita MAIWP yang menerima surat pengesahan perjawatan
Para pegawai yang menerima surat pengesahan jawatan meneliti surat yang diterima |
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 88 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 208 |







