Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
SUMBANGAN MAKANAN KEPADA GOLONGAN TERPINGGIR

15 Julai – MAIWP melalui Bahagian Baitulmal secara berterusan melaksanakan usaha membantu mereka yang memerlukan selaras dengan slogan “Agihan zakat didahulukan, Asnaf diutamakan”.

Kali ini MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM2.146 juta untuk tujuan pemberian makanan melalui masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Wilayah Persekutuan kepada golongan yang terpinggir. Program itu telah dilancarkan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP di Majlis Penyampaian Sumbangan Baitulmal dan Pelancaran Program Pemberian Makanan Golongan Terpinggir yang diadakan di Dataran, Masjid Negara Kuala Lumpur.

Menurut YB. Dato' Seri Jamil Khir, Islam merupakan sebuah agama yang syumul dan tidak pernah mengajar umatnya untuk mewujudkan kasta dalam sistem kehidupan manusia. Islam menyeru kepada persamaan hak dan keadilan untuk menikmati sebuah kehidupan. Firman Allah SWT dalam al-Quran dalam surah Al-Hujurat, ayat 13 menyatakan maksudnya “ Bukan harta, bukan bangsa dan bukan rupa, manusia dicipta oleh Allah SWT pelbagai variasi bangsa, keturunan dan bahasa supaya saling kenal mengenali, berinteraksi dan beramah mesra antara satu sama lain bagi menunjukkan kehebatan penciptaan Allah SWT”.

“Saya  yakin bahawa kita semua merupakan insan yang istimewa, dilahirkan ke dunia ini bukan untuk tujuan disia-siakan, malah pasti ada matlamatnya. Cuma kita sebagai manusia harus memainkan peranan sebagai hamba-Nya”. Katanya ketika pelancaran tersebut.

Dalam majlis tersebut beliau menyanjung tinggi dan memberi sokongan padu kepada Baitulmal MAIWP khususnya yang bersikap proaktif dalam mendekati masyarakat kota khususnya golongan terpinggir.

Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap pengerusi MAIWP  menyerahkan sumbangan kepada salah seorang daripada golongan yang terpinggir di Majlis Perasmian Program Pemberian Makanan Kepada Masyarakat Terpinggir Melalui Masjid dan Surua anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Baitulmal MAIWP

YB. Dato' Seri Jamil Khir menyampaikan ucapan

Antara tetamu yang hadir

 

 

 

 


 

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini93
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini213
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini