Berita MAIWP
TERIMA KASIH MAIWP
TERIMA KASIH MAIWP
| TERIMA KASIH MAIWP |
|
15 Julai – “Terima kasih MAIWP” itulah yang mampu dilafazkan oleh seluruh mangsa kebakaran ketika menerima bantuan musibah daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Anan C.Mohd baru-baru ini di Kampung Sungai Kerayong, Taman Maluri. MAIWP melalui Bahagian Baitulmal telah menyalurkan bantuan sebanyak RM2,000 kepada setiap keluarga mangsa kebakaran. Bahkan selain itu, Baitulmal MAIWP juga telah memberikan bantuan peralatan persekolahan kepada setiap anak mangsa yang masih bersekolah. Kebakaran yang berlaku pada 28 Jun baru-baru ini mengakibatkan 10 buah keluarga telah kehilangan tempat tinggal. Ketika kejadian, semua keluarga berkenaan tiada di rumah kerana bekerja. Berikutan kejadian tersebut beberapa orang pegawai Baitulmal MAIWP yang diketuai oleh Penolong Pengurus Unit Siasatan, Helmi Mohd Saad turun padang untuk meninjau kejadian yang berlaku. Pada masa yang sama mereka telah membawa bersama kit kecemasan yang berjumlah RM200, mengandungi keperluan asasi sebagai pertolongan awal kepada mangsa kebakaran. Tuan Haji Anan mengucapkan takziah kepada mangsa kebakaran dan menasihatkan agar redha dengan musibah yang berlaku. ”Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana pada masa kejadian tidak ada nyawa yang terkorban, dan kita harus ingat di negara lain ujian yang Allah SWT turunkan lebih berat berbanding apa yang kita alami sekarang," kata beliau ketika menyampaikan ucapan. Beliau mengharapkan dengan adanya bantuan daripada Baitulmal MAIWP ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa kebakaran. Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah Dr. Muhammad Yamin Ismail, Pengurus Bahagian Baitulmal dan beberapa orang pegawai dari Baitulmal MAIWP. Penyerahan cek bantuan musibah oleh Tuan Haji Anan bin C. Mohd kepada mangsa kebakaran di Kampung Sungai Kerayong, Taman Maluri Terima Kasih MAIWP..Penerima bantuan musibah bergambar bersama Tuan Haji Anan C.Mohd (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ![]() Tuan Haji Anan C.Mohd (berkemeja putih) dan Pengurus Baitulmal, Dr.Muhamad Yamin Ismai (baju batik) melawat tapak kebakaran
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 92 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 212 |








