Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
PEMBINAAN SURAU PPR KAMPUNG LIMAU & AN-NAJAH IKUT JADUAL
 
8 Julai- Tinjauan Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP ke tapak pembinaan Surau PPR Kampung Limau Pantai Dalam dan Surau An-Najah, Taman Batu Muda mendapati pembinaannya adalah mengikut jadual yang ditetapkan.

Lawatan ke dua tapak surau berkenaan merupakan antara agenda lawatan YB. Menteri ke beberapa tapak projek dan institusi MAIWP yang diadakan pada 8 Julai 2010.

Surau PPR Kampung Limau di Pantai Dalam dijangka siap dan dapat digunakan sepenuhnya sebelum bulan Ramadhan tidak lama lagi. Pembinaan surau berkenaan bermula pada Mac 2010 yang lalu dan dibina menggunakan peruntukan zakat MAIWP sebanyak RM400,000.

Salah seorang wakil penduduk di situ, Haji Zakaria amat bersyukur dengan terbinanya surau tersebut yang mana akan memudahkan penduduk yang tinggal berhampiran untuk solat berjamaah dan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan terutamanya menjelang bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Sebuah lagi tapak surau yang dilawati adalah Surau An-Najah di Taman Batu Muda. Pembinaan surau tersebut adalah bertujuan bagi menaiktaraf surau sebelum ini yang tidak lagi mampu menampung jemaah yang semakin bertambah. Surau tersebut yang dibina setinggi 2 tingkat dijangka siap pada hujung tahun ini dan mampu menampung seramai 1,000 jemaah. Sebanyak RM2 juta wang zakat telah diluluskan oleh MAIWP bagi pembinaan surau ini.

Y.B. Dato’ Seri Menteri turut melawat tapak projek Masjid Tun Rahah di Pantai Dalam yang akan dibangunkan dengan sebuah masjid yang dianggarkan bernilai RM20 juta.

Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di JPM merangkap Pengerusi MAIWP melihat perkembangan pembinaan Surau Kampung Limau, Pantai Dalam


Surau PPR Kampung Limau yang dijangka dapat digunakan menjelang bulan Ramadhan tahun ini
 

Tinjauan ke tapak pembinaan Surau An-Najah yang dijangka siap pada akhir tahun ini



 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini99
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini219
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini