KEMUDAHAN LEBIH SELESA KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN MAIWP
| KEMUDAHAN LEBIH SELESA KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN MAIWP |
|
8 Julai- Institusi pendidikan di bawah MAIWP iaitu Sekolah Menengah Agama MAIWP dan Kolej Kejururawatan PUSRAWI bakal menikmati kemudahan pembelajaran yang lebih selesa. Bangunan baru SMA-MAIWP yang sedang dibina di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dijangka menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar SMA-MAIWP. Bangunan baru ini akan dilengkapi dengan blok pentadbiran dan akademik, makmal, bengkel, asrama, kuarters, surau dan pelbagai infrastruktur lain serta akan mampu menampung seramai 1,200 orang pelajar. Selain itu juga, MAIWP sedang dalam perancangan bagi menyediakan premis baru kepada pelajar Kolej Kejururawatan PUSRAWI. Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP dalam siri lawatan beliau ke cadangan tapak projek MAIWP pada 8 Julai 2010 telah melawat tapak pembinaan SMA-MAIWP dan cadangan premis untuk Kolej Kejururawatan PUSRAWI di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu. Ketika lawatan tersebut, beliau berharap pembinaan SMA-MAIWP akan dilaksanakan mengikut perancangan setelah Perintah Pembangunan (D.O) telah diluluskan. Beliau juga berkata cadangan premis untuk Kolej Kejururawatan PUSRAWI akan diteliti dengan lebih lanjut bagi mengenalpasti kesesuaian dari segi keperluan semasa pihak Kolej. Turut hadir dalam lawatan ke cadangan premis berkenaan ialah Y. Bhg. Datuk Haji Mohamad Zubir bin Seeht Saad, Pengerusi Eksekutif Kolej Kejururawatan PUSRAWI.
Lawatan ke tapak pembinaan SMA-MAIWP di Bandar Sri Permaisuri, Cheras Beberapa ilustrasi yang menunjukkan premis SMA-MAIWP setelah siap dibina Y.B. Dato' Seri Menteri mendengar penjelasan yang diberikan mengenai cadangan premis untuk Kolej Kejururawatan PUSRAWI..Turut kelihatan Y. Bhg. Datuk Haji Mohamad Zubir bin Seeht Saad, Pengerusi Eksekutif Kolej Kejururawatan PUSRAWI (2 dari kanan) dan Tuan Haji Anan bin C. Mohd, KPE MAIWP (kanan) |
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 99 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 219 |







