Berita MAIWP
Y.B. MENTERI JPM TINJAU PROJEK DAN INSTITUSI MAIWP
Y.B. MENTERI JPM TINJAU PROJEK DAN INSTITUSI MAIWP
| Y.B. MENTERI JPM TINJAU PROJEK DAN INSTITUSI MAIWP |
|
8 Julai- Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP telah mengadakan lawatan ke beberapa tapak projek dan institusi MAIWP. Beliau yang diiringi Y.Bhg. Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP telah meninjau 7 lokasi iaitu: a) Tapak projek Surau PPR Kampung Limau, Pantai Dalam b) Tapak cadangan Masjid Tun Rahah, Kerinchi c) Tapak projek Sekolah Menengah Agama MAIWP, Bandar Sri Permaisuri, Cheras d) Dar Assaadah, Jalan Ipoh e) Bangunan MIDF, Taman Perindustrian IKS f) Tapak projek Surau An-Najah, Taman Batu Muda g) Tanah Perkuburan Karak Menurut beliau, melalui lawatan berkenaan beliau dapat melihat dengan lebih dekat dan mengetahui secara lebih terperinci perkembangan terkini projek-projek yang dilaksanakan oleh MAIWP. “Aktiviti turun padang seperti ini membuktikan kesungguhan MAIWP dalam memenuhi keperluan umat Islam di Wilayah Persekutuan selain dapat mengingatkan pihak kontraktor yang dilantik agar melaksanakan kerja sebaik mungkin dalam tempoh yang ditetapkan.” Turut mengiringi Y.B. Dato’ Seri Menteri dalam lawatan berkenaan adalah Y.Bhg. Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha MAIWP, Encik Ismail bin Porjo, Timbalan KPE MAIWP dan pegawai-pegawai kanan MAIWP.
Ketibaan Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP ke tapak projek pertama iaitu projek pembinaan Surau PPR Kampung Limau di Pantai Dalam, Kuala Lumpur sambil diiringi Y.Bhg. Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Y.B. Dato' Seri Menteri menyatakan sesuatu kepada pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan Surau PPR Kampung Limau Pantai Dalam Dikerumuni para wartawan
Y.Bhg. Dato' Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP (3 dari kanan) menunjukkan sesuatu kepada Y.B. Dato' Seri Menteri (lima dari kanan) ketika lawatan ke tapak projek SMA-MAIWP ..Turut kelihatan Tuan Haji Anan bin C.Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ( dua dari kiri)
Lawatan ke Dar Assaadah
Tinjauan ke Tanah Perkuburan Islam Karak yang mengalami kejadian tanah runtuh awal Julai 2010 lalu
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 99 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 219 |







