Berita MAIWP
PELATIH DAR ASSAADAH TERIMA KUNJUNGAN MENTERI DI JPM
PELATIH DAR ASSAADAH TERIMA KUNJUNGAN MENTERI DI JPM
| PELATIH DAR ASSAADAH TERIMA KUNJUNGAN MENTERI DI JPM |
|
8 Julai – Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir b. Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP telah mengadakan lawatan ke Dar Assaadah sempena lawatan beliau ke beberapa cadangan tapak projek MAIWP pada 8 Julai 2010. Ketibaan YB. Dato’ Seri Menteri di Dar Assaadah telah disambut meriah oleh pihak pengurusan dan penghuninya. Y.B. Menteri dan ahli rombongan dibawa melawat ke sekitar asrama penghuni keluarga, cadangan bilik Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), bilik rehat dan asrama pelatih. Di asrama pelatih, Y.B. Menteri beramah mesra dengan para pelatih yang sedang berpantang dan melihat bayi-bayi yang telah dilahirkan ketika di bawah penjagaan Dar Assaadah. Dalam lawatan ini juga ahli rombongan turut dibawa melihat kelas jahitan dan hasil kerja kraftangan pelatih Dar Assaadah. Y.B. Menteri mencadangkan agar hasil kerja pelatih Dar Assaadah yang dipelajari melalui kelas-kelas kemahiran yang disediakan dapat dikomersialkan kepada pihak luar. Beliau juga meminta agar disediakan kertas cadangan bagi membolehkan pelatih Dar Assaadah mendapat sijil kemahiran setelah keluar daripada Kompleks tersebut yang mana akan dapat digunakan untuk mencari pendapatan yang lebih baik. Turut mengiringi Y.B. Menteri dalam lawatan berkenaan adalah Y. Bhg. Dato’ Haji Mohamad bin S Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Rumah Perlindungan dan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan. Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di JPM merangkap Pengerusi MAIWP disambut mesra oleh kakitangan dan pelatih-pelatih Dar Assaadah Lawatan ke cadangan bilik Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)
Lawatan ke asrama pelatih dan menziarahi pelatih yang berpantang bersama
bayi yang dilahirkan
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 138 |
![]() | Semalam | 142 |
![]() | Minggu Ini | 685 |








