Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
MAIWP LABUAN SENTIASA PRIHATIN TERHADAP PENIAGA

07 Julai 2010 – Pihak MAIWP Labuan sentiasa prihatin dengan Golongan Fakir dan Miskin di Wilayah Persekutuan Labuan. Pada masa yang sama, pihak MAIWP Labuan sentiasa menggalakkan dan membantu golongan Asnaf keluar daripada garisan kemiskinan.

Puan Kayah binti Embarah dan suaminya telah memulakan perniagaan menjual sayap ayam bakar dan burger sejak 10 tahun yang lalu. Berbekalkan wang modal yang hanya dikumpul hasil daripada pendapatan sebagai petukang rumah, buruh kasar dan pemotong rumput. Namun begitu, akibat daripada kerja-kerja berat yang dilakukan oleh suami beliau selama bertahun-tahun lamanya,  menyebabkan  kedua belah tangan suami beliau mengalami kesukaran dan kesakitan  sehingga menyukarkan membuat kerja-kerja tersebut dan ini berlaku sejak setahun yang lalu.

Oleh yang demikian, beliau dan suami ingin terus merubah kehidupan mereka dengan menjalankan perniaga sekarang ini. Segala pahit getir dalam perniagaan ini ditempuh dengan tabah demi mencari rezeki yang halal dan terus-menerus untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga dari masa ke semasa. Beliau berkata, “perniagaan mereka yang beroperasi pada jam 5:30 petang hingga 11:00 malam ini merupakan satu-satunya punca rezeki mereka untuk menampung perbelanjaan mereka.” Perniagaan mereka ini bertempat di Gerai no 8, Kampung Bukit Kallam, W.P. Labuan.

Di atas usaha beliau untuk meningkatkan pendapatan keluarga, beliau menerima bantuan sebuah peti sejuk dibawah Skim Bantuan Perniagaan melalui wakil MAIWP Labuan iaitu Ustaz Mohd. Amir Poh bin Abdullah, dari Unit Pembangunan Asnaf, Baitulmal Labuan. Diharapkan dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga beliau dan seterusnya meningkatkan pendapatan dalam perniagaannya.
 
alt

Us. Mohd Amir Poh Abdullah, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pembangunan Asnaf, Baitulmal MAIWP Labuan telah menyerahkan freezer (peti ais) kepada Puan Kayah binti Embarah bertempat di kedainya Kg Bukit Kallam

 

 

Freezer (peti ais) berjumlah RM999.00 yang telah diterima dan akan digunakan oleh puan Kayah binti Embarah, di Gerainya dekat Kg Bukit Kallam 

 

 

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini99
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini219
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini