Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
PENDAFTARAN PELATIH SEMESTER 2 DAN 4 / 2010

 

5 Julai – Seawal jam 7.30 pagi lagi, pelatih-pelatih telah memenuhi perkarangan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bagi sesi pendaftaran memasuki semester 2 dan 4 sesi tahun 2010. Setelah bercuti selama 3 minggu dan tamat menjalani latihan industri, para pelatih mendaftar ke semester baru dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar.

Pada pendaftaran kali ini, seramai 121 orang pelatih telah mendaftar untuk  semester 2,  30 orang mendaftar untuk  semester 4  manakala 71 orang pelatih semester 4 yang lain mendaftar mengikuti latihan industri selama 4 bulan di tempat latihan industri mengikut kursus masing-masing .

                        
 
PunchKad : sebahagian pelatih sedang beratur bagi mengetik kad perakam waktu.
 
                      
 
Latihan Industri : Pelatih kursus masakan sedang bersiap sedia untuk pergi melaporkan diri di Regency Hotel PD bagi
menjalani Latihan Industri di sana.
 
    Sebelum memulakan sesi pembelajaran, Unit Hal Ehwal Pelatih telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Perhimpunan Pagi di dewan bagi mengucapkan selamat datang di samping memberi sedikit kata-kata perangsang dan nasihat. Tidak lupa juga peringatan agar peraturan IKB dipatuhi.

    Selepas sesi Perhimpunan Pagi, semua pelatih  melakukan aktiviti gotong royong mengosongkan peralatan asrama IKB yang akan dirobohkan untuk pembinaan asrama baru IKB bermula Julai 2010.   Untuk pengetahuan semua, asrama IKB yang akan dirobohkan  ini adalah antara bangunan tertua di dalam kawasan IKB.  Setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kos pengurusan penyelenggaraan, pihak pengurusan atasan telah bersetuju untuk  membina asrama yang baru di tapak yang sama untuk asrama pelatih lelaki dan pelatih wanita yang akan dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan asas  asrama seperti surau dan dewan makan yang  dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.   Diharapkan dengan adanya asrama ini akan dapat memberi keselesaan kepada para penghuni asrama IKB.

 
Taklimat : En Affandey bin Yaakub sedang memberi ucapan dan taklimat ringkas kepada pelatih. 
 
     
 
Turut Membantu : semua pelatih wanita turut menyumbangkan tenaga bagi memindahkan barang-barang yang ringan
 
    
 
Penat : kelihatan pelatih ini kepenatan, walaubagaimanapun mereka masih boleh tersenyum. Dalam masa yang sama, En Affandey telah dibawa melihat kawasan simpanan sementara peralatan asrama yang ingin dilupuskan.
 

 

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini97
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini217
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini