MAIWP HEBATKAN PROMOSI
| MAIWP HEBATKAN PROMOSI |
|
15 Jun – “Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh kami tak kata”. Itulah keazaman dan kesungguhan pihak MAIWP dalam mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkannya. Baru-baru ini misalnya, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Anan C.Mohd dan Pengurus Baitulmal, Dr Muhammad Yamin Ismail telah menerima jemputan pihak Johor Corporation untuk program televisyen rancangan “Tijarah Ramadhan” di Studio FINAS Ulu Klang. Rancangan "Tijarah Ramadhan" ini merupakan sebuah rancangan yang dilaksanakan oleh Syarikat Johor Corporation sepenuhnya yang bertujuan mengutip dana bagi membantu masyarakat yang memerlukan. Dalam rancangan tersebut MAIWP diberikan ruangan sebanyak tiga episod untuk siarannya. Di kesempatan tersebut, rancangan yang dijangkakan akan bersiaran pada bulan ramadhan ini akan memaparkan kisah-kisah yang berkaitan dengan para asnaf yang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP. Tuan Haji Anan menegaskan agar setiap agihan zakat khususnya, hendak disiarkan kepada masyarakat umum. Ia bertujuan untuk memaklumkan kepada khalayak bahawa zakat telah diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya. "Kita tidak mahu masyarakat dibayangkan dengan ketidaktelusan pengurusan zakat, sedangkan hakikatnya kita sedaya upaya untuk mengagihkan secara telus dan amanah serta mempunyai intergriti yang tinggi dalam pengurusan zakat yang telah diamanahkan". Katanya dalam temubual tersebut. Sementara, bagi Dr Muhammad Yamin, semua pihak harus bekerjasama dalam menyampaikan maklumat yang betul berkaitan dengan agihan zakat yang telah disalurkan. Jika tidak akan berlaku salah faham di kalangan masyarakat. Setakat ini Baitulmal MAIWP amat berterima kasih kepada para media, tidak kira samada media elektronik mahu pun media cetak yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam membantu mempromosikan agihan zakat yang dilakukan. Dr Muhammad Yamin (kanan) dan pengacara jemputan Dr.Syarifah Hayati serta kru rancangan "Tijarah Ramadhan"
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 93 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 213 |







