MAIWP LABUAN TERUSKAN MISI JEJAK ASNAF
| MAIWP LABUAN TERUSKAN MISI JEJAK ASNAF |
|
26 Jun - MAIWP Cawangan
Labuan melalui Unit Siasatan dan Pemantauan, Baitulmal sekali lagi telah
berjaya mengadakan program Jejak Asnaf untuk siri Ke-4 bagi tahun ini. Golongan
sasar untuk program pada kali ini melibatkan 13 buah rumah di seluruh Wilayah
Persekutuan Labuan.
Latar belakang golongan sasar pada kali ini tampak berbeza-beza seperti golongan yang dihimpit kemiskinan dan golongan berpendapatan rendah. Namun, golongan ini tetap meneruskan hidup walaupun mereka dalam keadaan sedemikian rupa. Tambahan lagi, golongan ini terus-menerus dibebani dengan tanggungan anak yang ramai dan masih bersekolah. Dengan berbekalkan ketabahan dan kegigihan, golongan ini mengharungi keperitan hidup secara bersendirian tanpa ada sebarang bantuan daripada mana-mana pihak. Atas dasar tersebut, MAIWP Labuan menerus
lagi program turun padang bagi membantu masyarakat Labuan khasnya secara lebih
dekat dan disamping mendapatkan maklumat yang lebih tepat lagi bagi
menyelesaikan permasalahan golongan sasar ini. Program pada kali ini, turut disertai oleh Us. Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus MAIWP Labuan beserta enam orang pegawai dan kakitangannya. Rombongon ini secara dekat melihat sendiri keperitan hidup yang dialami oleh golongan sasar ini disamping bertanya khabar dan mengamati jerit perit yang dilalui oleh mereka seharian. Dalam misi pada kali ini juga, pihak MAIWP Labuan turut menghulurkan sumbangan berbentuk hamper berjumlah RM100.00 bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ini.
Pegawai
MAIWP Labuan sedang menerumah salah seorang daripada golongan sasar
Rumah salah seorang golongan sasar di Kampung Muslim, W.
P Labuan
Us. Azri
bin Iberahim menyampaikan hamper kepada salah seorang daripada golongan sasar Salah sebuah
rumah milik seorang daripada golongan sasar di Kampung Sungai Buton, W.P Labuan
Us. Mohd
Radzaleih bin Matusin, Ketua Unit Pembangunan Asnaf, Baitulmal menyampaikan
hamper kepada salah seorang daripada golongan sasar
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 97 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 217 |







