Jumaat, Februari 10, 2012
   
TEXT_SIZE
MAJLIS PERPISAHAN DAN BACAAN SURAH YASSIN ANJURAN BADAN KEBAJIKAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELABURAN.
 
11 Jun - Badan Kebajikan Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan telah menganjurkan majlis perpisahan dan bacaan surah Yassin, bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 7, Bangunan PERKIM.
 
Tujuan majlis perpisahan dibuat adalah khusus untuk meraikan serta mengenang jasa Tuan Syed Nokman Bin Syed Abu bakar (Timbalan Pengurus Pengurusan) yang tamat perkhidmatan pada 16 Jun 2010 pada usia genap 60 tahun.Tuan Syed mula berkhidmat di MAIWP pada 01 Januari 2003 sebagai Pengetua IKB sehingga Mei 2005, kemudian bertukar ke Unit Perhubungan Korporat sebagai Penolong Pengarah sehingga 01 Januari 2006 dan yang terakhir bertukar ke Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan sehingga beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Timbalan Pengurus.

Setiap pertemuan ada perpisahan, kegembiraan ada kesedihan dan kehidupan ada kematian itu semua sudah pasti. Seluruh warga BPP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Syed di atas segala sumbangan tenaga dan idea yang diberikan, semoga beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, berbahagia disamping keluarga serta dimurahkan rezeki insya'Allah.

   
Majlis bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Saudara Jamil Bin Hassan.
 
Amanat dan kata-kata terakhir oleh Tuan Syed Nokman.
 
Cenderamata sumbangan Badan Kebajikan BPP yang disampaikan oleh Encik Ibrahim Bin Haji Ismail.
 
Sumbangan hari lahir kepada warga BPP yang diraikan pada Januari hingga Jun 2010.
 
Majlis potong kek dan nyanyian lagu "Allah Selamatkan Kamu" kepada semua yang diraikan.
   
 
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini138
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini685
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini