Jumaat, Februari 10, 2012
   
TEXT_SIZE
KURSUS MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR UPSRU 2010 LABUAN
 
26 Jun, Seramai 54 orang pelajar  penerima Dermasiswa Persekolahan Baitulmal  Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan telah terpilih untuk mengikuti Kursus Motivasi Dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah Ugama (UPSRU) 2010. Program tersebut telah diadakan di Manikar Beach Resort W.P. Labuan bermula pada 26 Jun 2010 dan berakhir pada 28 Jun 2010 iaitu selama 3 hari 2 malam.

Kursus ini melibatkan pelbagai slot di antaranya Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan UPSRU yang melibatkan sebanyak sepuluh subjek oleh penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS), ‘Ice Breaking’, Slot Permata Kasih Oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Riadah dan sebagainya. Kursus ini dikendalikan oleh empat orang pegawai dan kakitangan Bahagian Baitulmal, MAIWP Labuan dengan diketuai oleh Cik Amelia Hazerena binti Matahir selaku Ketua Unit Keurusetiaan Dan Operasi bahagian Baitulmal, MAIWP Cawangan Labuan

Selain itu juga, Kursus ini bertujuan untuk mendorong semangat pelajar- pelajar dari golongan asnaf untuk meningkatkan tahap pembelajaran, kemahiran dan kesedaran dalam mentelaah bagi mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan. Perasmian penutupan telah disempurnakan pada hari terakhir program tersebut oleh Us. Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan. Dalam ucapannya, beliau berharap dengan penyertaan para pelajar dari golongan asnaf ini dapat membantu meningkatkan tahap pembelajaran dan motivasi dalam diri pelajar seterusnya dapat mengubah kehidupan pelajar sekeluarga.

 

alt
Penceramah sedang menyampaikan teknik menjawab soalan bagi matapelajaran Bahasa Arab

 

alt
Salah satu aktiviti di dalam Slot Permata Kasih yang dikendalikan LPPKN Labuan

 

alt

Sesi penggambaran bersama urusetia, penceramah jemputan dan Pengurus MAIWP Labuan

 

alt

Us. Ahmad Talmizi bin Yahaya telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta kursus

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini138
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini685
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini