Berita MAIWP
i-IQRA’ MUDAHKAN PELAJAR TADIKA ISLAM MAIWP
i-IQRA’ MUDAHKAN PELAJAR TADIKA ISLAM MAIWP
| i-IQRA’ MUDAHKAN PELAJAR TADIKA ISLAM MAIWP |
|
22 Jun – MAIWP sentiasa meningkatkan kualiti pembelajaran di Tadika-tadika Islam MAIWP sejak pengurusan Tadika-tadika Islam di Wilayah Persekutuan diserahkan kepada MAIWP pada tahun 2009.
Antara langkah yang telah diambil bagi tujuan tersebut adalah memperkenalkan kaedah pembelajaran Al-Quran melalui penggunaan mesin i-Iqra’. Mesin tersebut dijangka membolehkan para pelajar Tadika Islam MAIWP menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. i-Iqra’ terdiri daripada 3 komponen iaitu pen digital, mesin interaktif dan buku i-Iqra’ yang diaktifkan menggunakan cip elektronik. Apabila buku tersebut diletakkan di atas mesin interaktif, para pelajar boleh mendengar bacaan ayat Al-Quran yang dikehendaki dengan menekankan pen digital pada ayat berkenaan. Ianya boleh diulang-ulang dan para pelajar boleh merakamkan suara mereka untuk perbandingan dengan suara qari daripada mesin i-Iqra’ dan seterusnya membetulkan bacaan mereka. Penggunaan i-Iqra’ ini juga akan dapat menarik minat para pelajar Tadika Islam kerana ianya seperti konsep bermain sambil belajar. Oleh itu, dalam Majlis Sambutan Hari Guru Tadika Islam MAIWP 2010 pada 22 Jun yang lalu, MAIWP telah menyerahkan sebanyak 13 mesin i-Iqra’ kepada 13 buah Tadika Islam sebagai ”pilot project” sebelum ianya diedarkan untuk digunakan di seluruh 78 buah Tadika Islam di Wilayah Persekutuan. Tadika-tadika yang menerima i-Iqra’ adalah:
Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (3 dari kanan) mencuba mesin i-iqra' yang akan digunapakai di Tadika-tadika MAIWP. Penyerahan mesin i-Iqra' i-Iqra yang akan digunakan di seluruh Tadika-tadika Islam MAIWP bagi memudahkan pelajar-pelajar Tadika Islam MAIWP menguasai bacaan Al-Quran
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 97 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 217 |







