KOMITMEN GURU TADIKA ISLAM DIHARGAI
| KOMITMEN GURU TADIKA ISLAM DIHARGAI |
|
22 Jun- Guru-guru Tadika Islam MAIWP telah diraikan dalam satu Majlis Sambutan Hari Guru Tadika Islam MAIWP yang diadakan pada 22 Jun 2010 bertempat di Dewan Ceramah, Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Anan b. C.Mohd Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Dalam ucapannya, beliau melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada lebih 365 orang guru Tadika Islam MAIWP atas sumbangan yang penuh berdedikasi dalam mendidik anak-anak Tadika Islam MAIWP. Beliau turut menyeru guru-guru Tadika Islam agar dapat melakukan anjakan paradigma dalam melahirkan suasana pembelajaran yang dapat mengalakkan murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. ”MAIWP ingin melihat Tadika-tadika Islam MAIWP ini dapat melahirkan generasi muda yang bukan hanya memiliki kecerdasan dan kepintaran minda, namun turut mengetahui dan mengamalkan nilai-nilai ajaran Islam yang murni sesuai dengan peringkat umur anak-anak ini. Kita tidak mahu melahirkan manusia yang hebat pengetahuannya, tinggi kemahirannya, tetapi rendah akal budinya. Kecemerlangan pendidikan yang kita maksudkan merangkumi aspek pemurnian jiwa, ketinggian budi dan kejituan rohani. Dalam konteks ini, saya berharap guru-guru Tadika Islam MAIWP dapat menjadi pendidik dan ”role model” yang mempamerkan pekerti mulia pada setiap masa untuk diteladani oleh murid-murid, ” ujarnya lagi. Pada majlis tersebut juga, sebanyak 13 unit mesin i-Iqra’ telah diserahkan kepada 13 buah Tadika Islam sebagai ”pilot project” dalam pengajaran Al-Quran menggunakan mesin elektronik. Melalui penggunaan alat tersebut, adalah diharapkan murid-murid di Tadika Islam MAIWP dapat menguasai bacaan ayat-ayat Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Majlis Sambutan Hari Guru Tadika Islam MAIWP 2010 ini telah dihadiri oleh lebih 300 orang guru pelbagai peringkat. Beberapa anugerah telah disampaikan pada hari tersebut seperti Anugerah Jasamu Dikenang 2010, Anugerah Guru Kreatif dan Anugerah Guru Aktif. Majlis tersebut diakhiri dengan persembahan pentomen yang telah menyentuh perasaan dan sesi cabutan bertuah.
2. Puan Fadzillah binti Ghafar, Ketua Guru Tadika Islam Al-Ihsaniah 4. Puan Siti Aishah binti Md Dom, guru Tadika Islam Masjid Jamek Kg Batu
Nyanyian lagu kebangsaan dan lagu korporat MAIWP KPE MAIWP sedang menyampaikan ucapan perasmian Antara guru tadika yang menerima sijil penghargaan pada majlis tersebut Tuan Haji Anan bin C. Mohd, KPE MAIWP mencuba penggunaan i-Iqra' 13 unit mesin i-Iqra’ telah diserahkan kepada 13 buah Tadika Islam
sebagai ”pilot project” dalam pengajaran Al-Quran Persembahan pentomen daripada guru tadika yang begitu menggamit perasaan para hadirin Ceramah motivasi untuk meningkatkan keyakinan dan semangat juang guru tadika turut diadakan
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 96 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 216 |







