Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
BAITULMAL MAIWP BANTU OKU

25 Jun – MAIWP melalui Bahagian Baitulmal, telah menyumbangkan dua buah motosikal roda tiga yang jumlahnya sebanyak RM12,415 dalam satu majlis Penyerahan Bantuan Motosikal Roda Tiga (OKU) yang disampaikan oleh Tuan Haji Anan b C.Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP di Bangunan PERKIM baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Tuan Haji Anan berkata, dengan adanya motosikal ini akan memudahkan mereka untuk meneruskan pencarian rezeki masing-masing. “MAIWP harapkan kesan yang positif dari para asnaf ni, apa yang kita berikan hanya sebahagian sahaja, selebihnya mereka harus berusaha dan berdikari,”tambahnya lagi.

Menurut Tuan Haji Anan lagi, MAIWP seboleh-bolehnya mahu mengagihkan seberapa ramai para asnaf yang layak untuk dibantu di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. MAIWP mensasarkan agar lapan kategori asnaf yang disebutkan di dalam Al-quran tidak ketinggalan dari perhatian MAIWP.

Bagi Shukor Salim dan Khamis Ahmad, penerima bantuan Motosikal Roda Tiga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada MAIWP kerana telah membantu mereka memberikan kemudahan tersebut.

Sehubungan itu, pada Januari hingga Mei 2010 sahaja seramai 181 orang asnaf telah menerima bantuan deposit teksi dan bantuan pembelian motosikal roda tiga OKU yang jumlah keseluruhannya ialah sebanyak RM913,816.91. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM895,000 adalah bantuan deposit teksi dan sebanyak RM18,816 adalah bantuan pembelian motosikal roda tiga OKU.


 

Prihatin, Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP memimpin tangan salah seorang penerima Bantuan Motosikal Roda Tiga OKU


KPE MAIWP melekatkan stiker MAIWP pada Motosikal Roda Tiga OKU
Para wartawan yang hadir sedang menemuramah KPE MAIWP pada sidang akhbar di akhir majlis penyerahan tersebut


 

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini95
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini215
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini