Berita MAIWP
DARUL KIFAYAH BUKA MINDA PENGHUNI
DARUL KIFAYAH BUKA MINDA PENGHUNI
| DARUL KIFAYAH BUKA MINDA PENGHUNI |
|
18 Jun- Seramai 38 orang penghuni Darul Kifayah telah dibawa melawat negeri Kedah Darul Aman dalam aktiviti lawatan sambil belajar selama 4 hari ke negeri tersebut. Lawatan yang diadakan bermula 15 hingga 18 Jun 2010 itu diadakan oleh pengurusan Darul Kifayah kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik dan sahsiah. Antara tempat yang dilawati dalam lawatan tersebut adalah tempat-tempat bersejarah seperti Muzium Padi, Pusat Sains Negeri Kedah, Muzium Negeri Kedah, Masjid Zahir, Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad, Rumah Merdeka, Candi Lembah Bujang dan Menara Alor Setar. Para penghuni turut dibawa melihat pengeluaran produk-produk Muslim yang dihasilkan di kilang Radix Cola dan Kilang Muslimah yang dimiliki oleh Syarikat HPA sebuah syarikat milik penuh orang Islam. Kilang tersebut menghasilkan produk sepertik air minuman, bahan-bahan kosmetik, ubat-ubatan dan juga barangan keperluan isi rumah Pada waktu petang, pelajar Darul Kifayah di bawa ke dan Taman Tema Carnivall yang terletak di Sungai Petani. Bagi memberi pengalaman dan pendedahan tentang persekitaran institusi pengajian tinggi kepada penghuni Darul Kifayah, mereka telah dibawa melawat Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah. Mereka dbawa melihat Perpustakaan UUM yang dibina setinggi 5 tingkat dan beberapa kemudahan lain di sekitar UUM selain diberi taklimat tentang fungsi dan kegunaan Pusat Islam UUM kepada pelajar dan penduduk di sekitar UUM.
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 96 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 216 |







